CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6942|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau isu 3R

[Copy link]
Post time 21-6-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau isu 3R



Nur Izzati Mohamad[email protected]




HAMZAH ketika sidang media berhubung PRK dun Sungai Bakap di IPD Seberang Perai Selatan, hari ini. FOTO Nur Izzati Mohamad





Nibong Tebal: Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas bagi memantau isu berkaitan agama, bangsa dan institusi Diraja (3R) yang ditimbulkan ketika kempen termasuk ceramah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata isu berkaitan 3R sememangnya diberikan perhatian khusus oleh pihak polis dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan wakil calon (yang bertanding PRK) dan memberikan sedikit sebanyak apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang (kempen, ceramah) berlangsung terutama berkaitan isu 3R.
"Di sini, kita nasihatkan supaya (setiap parti politik dan penyokong) untuk elak menggunakan isu ini sebagai kempen bagi meraih sokongan yang kita ada pasukan khas untuk memantau.

"Pada masa sama, kita minta kerjasama parti bertanding untuk mematuhi peraturan ditetapkan seperti yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya turut menasihati parti yang bertanding untuk memohon permit lebih awal supaya polis dapat mengawal dan menyelia sesuatu ceramah atau perhimpunan bagi tujuan keselamatan.

"Setakat ini, kita baru terima satu sahaja yang memohon (permit) dan ia dijangka bertambah selepas penamaan calon," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, seramai 800 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran sepanjang PRK Sungai Bakap.

"Pada hari penamaan calon dan pengundian, kita bagi tumpuan berkaitan kesesakan jalan raya yang mungkin berlaku dan beri penugasan khusus trafik untuk tangani isu kesesakan jalan raya.

"Harap lancar dan pastikan bahawa orang ramai tidak ada perasaan takut dan ragu-ragu nak keluar mengundi," katanya.

Terdahulu, PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.



Disiarkan pada: Jun 21, 2024 @ 1:57pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 08:40 PM | Show all posts
Semoga isu 3r ini tidak lagi dijadikan sebagai content oleh mana-mana pihak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.690617 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list