CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 0

[Pulau Pinang] Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah

[Copy link]
Post time 18-6-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah

18 Jun 2024 02:05pm




Anwar dan Dr Wan Azizah disambut oleh bekas guru agama Ustazah Salmah (tengah) di kediamannya di Cherok Tok Kun di sini hari ini. - Foto: Bernama




BUKIT MERTAJAM - Bekas guru agama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin sejak usia kanak-kanak lagi.

Salmah Abu Bakar, 84, berkata, beliau mengajar pemimpin nombor satu negara itu di Madrasah Al-Ittihadiah Al-Wataniah Cherok Tok Kun semasa Anwar berumur 10 hingga 12 tahun.


"Anwar memang menunjukkan potensi yang besar sebagai pemimpin seawal usia 10 tahun.
"Melihat perwatakan dan cara beliau berinteraksi dengan rakan-rakan (pada masa itu), memang terlintas di hati saya bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin apabila besar nanti.

"Beliau baik dan sentiasa menghormati orang lain. Saya mahu beri semangat kepadanya agar sentiasa berpegang kepada sifat-sifat ALLAH dan jangan putus asa," katanya kepada pemberita selepas Anwar menziarahinya di kediaman ustazah itu di Cherok Tok Kun di sini hari ini.

Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di rumah Salmah pada jam 11.30 pagi dan meluangkan masa lebih kurang 20 minit, selepas menghadiri Program Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.534761 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list