CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2045|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Dah berpuluh tahun subsidi kita dicuri orang asing' - Anwar

[Copy link]
Post time 18-6-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode
'Dah berpuluh tahun subsidi kita dicuri orang asing' - Anwar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

18 Jun 2024 01:03pm








Anwar




BUKIT MERTAJAM - Keputusan kerajaan memotong sebahagian besar subsidi diesel dan melakukan penyasaran kepada golongan tertentu berjaya menyekat hak rakyat daripada terus dicuri oleh orang asing sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan mengenai gensi pelancongan serta bas pelancong di Singapura yang akan menaikkan harga perkhidmatan kerana kenaikan harga diesel di negara ini juga jelas membuktikan selama ini subsidi yang diberikan kerajaan pergi kepada pihak yang tidak sepatutnya.



Malah jelas beliau, penutupan beberapa stesen minyak di sempadan negara juga dikesan kerana mereka tidak boleh lagi menjual diesel subsidi yang selama ini digunakan orang asing.
"Maknanya selama ini puluh tahun subsidi kita pergi ke syarikat Singapura,pergi ke kapal-kapal nelayan Siam, pi ke sana sini, dicuri dan bocor pun banyak.
"Daripada tahun 2012 hingga 2022 kita tengok berapa jumlah kereta bertambah, kata 3 peratus...berapa jumlah naik keperluan diesel? puluhan peratus, tak salah 70 peratus.

"Naik jumlah kereta sikit tapi naik penggunaan diesel melambung kerana diesel itu tidak digunakan hanya untuk golongan sasar yang sepatutnya menikmati subsidi kerajaan tetapi hanya untuk orang asing," katanya ketika berucap pada Majlis Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cerok Tokun Bawah, di sini, pada Selasa.


Anwar ketika menyantuni kariah Masjid Jamek Cerok Tokun Bawah yang sedang melakukan gotong royong sempena Program Korban Perdana Bersama Perdana Menteri yang diadakan pada Selasa.




Anwar berkata, sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi ramai yang bersetuju dengan pelaksanaan penyasaran subsidi namun ia tidak dibuat hingga membolehkan 3.8 juta orang asing menerima manfaatnya sedangkan rakyat Malaysia yang membayar cukai dan dan kerajaan yang membayar subsidi berkenaan.


Tegasnya, kecurian dan ketirisan subsidi kerajaan perlu dihentikan malah subsidi juga tidak sepatutnya dinikmati oleh golongan maha kaya di negara ini.

"Sebab itu kita kata yang perlu kita bagi, ada nelayan, pekebun kecil, penanam sayur, pesawah padi, pemandu bas sekolah semua kita bagi...ada lagi yang tak dapat? kalau ada hujah boleh lagi bincang dengan kita.

"Melalui penyasaran subsidi ini sebanyak RM4 billion kita dapat selamatkan.Jadi untuk apa RM4 billion ini yang kita selamatkan..bukan untuk naikkan elaun Perdana Menteri ataupun menteri tetapi ia akan kembali kepada rakyat," katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062438 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list