CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 0

[Kedah] Penunggang motosikal maut digilis kereta

[Copy link]
Post time 18-6-2024 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-6-2024 12:33 AM

Penunggang motosikal maut digilis kereta


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 17, 2024 @ 11:09pm[email protected]y


Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan dua kereta di Kampung Bakong, Jalan Parit Panjang menyebabkan penunggang motosikal maut. NSTP/Ihsan PDRM







BALING: Seorang operator kilang maut digilis sebuah kereta selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan dua kereta di Kampung Bakong, Jalan Parit Panjang, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafizuddin Hashim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Kulim dan beralamat di Kampung Seberang Pekan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Kampung Asam Jawa menghala ke Parit Panjang, manakala Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari arah sama menghala ke Perlis.

"Kereta Proton Preve yang dipandu pesara tentera berusia 40 tahun pula dari arah bertentangan iaitu dari arah Parit Panjang menghala ke Kampung Charok, Sik.

"Setiba di tempat kejadian, motosikal yang sedang bergerak lurus di belakang Perodua Bezza hilang kawalan lalu melanggar di bahagian belakang sebelah kanan kereta menyebabkan penunggang motosikal itu jatuh di tengah jalan.

"Penunggang motosikal itu melambung dan jatuh di laluan bertentangan arah ke Kampung Asam Jawa," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, penunggang motosikal itu digilis kereta Proton Preve yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

"Bagaimanapun, dua pemandu kereta terbabit dan penumpang kereta Perodua Bezza tidak cedera," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.139850 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list