|
Kim mahu lebih tegas dalam mendidik anak-anaknya yang dikatakan terlalu dimanjakan dengan kesenangan.
SELEBRITI popular Kim Kardashian berharap dapat mendidik anak-anaknya dengan lebih tegas sama seperti kakaknya, Khloe Kardashian.
Akui Kim, membesarkan empat cahaya mata bukan satu tugas mudah apatah lagi kesemua anaknya kini sedang melalu fasa remaja dan penuh pemberontakan.
Sebagai adik, dia kagum dengan cara Khleo mendidik dua anak dengan tegas dan disiplin. Malah, anak-anak Khloe juga memiliki rutin aktiviti yang ditetapkan.
“Kadangkala mereka menguji kesabaran saya seperti mereka fikir saya ini memiliki kuasa luar biasa yang sangat sabar dan tenang.
“Apabila saya kata tidak, mereka seperti tidak menghiraukan dan mula memberontak. Tetapi, tidak bagi anak-anak Khloe yang lebih mudah mendengar kata dan tahu bagaimana membawa diri,” katanya.
Bekas isteri Kanye West itu juga tidak menyangka bahawa anak-anaknya akan membuat ‘kecoh’ sehingga dia pernah terpaksa membuat panggilan video di dalam tandas.
“Saya tidak percaya bahawa saya perlu menghadiri mesyuarat menerusi Zoom di dalam tandas dalam keadaan berkunci. Ini satu mimpi ngeri,” ujarnya.
Untuk rekod, Kim memiliki empat orang anak iaitu North, 10, Saint, 8, Chicago, 6, dan Psalm, 5, yang merupakan hasil perkahwinan bersama Kanye West.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -tegas-dengan-anak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|