View: 5666|Reply: 0
|
Dina juara kali kedua 100m wanita Eropah
[Copy link]
|
|
DINA muncul juara 100m wanita di Kejohanan Eropah dengan catatan 10.99s. FOTO REUTERS
Rom: Pelari Britain, Dina Asher-Smith mengekalkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran kedua 100 meter (m) wanita di Kejohanan Eropah di Rom, awal pagi tadi.
Dina yang sebelum ini muncul juara acara riben biru itu ketika kejohanan di Berlin pada 2018 mencatat masa 10.99 saat (s) untuk mengesahkan gelaran.
Dia terus memuji teknik latihan baharu untuk meningkatkan pecutan pada saat akhir yang membantunya mengatasi permulaan perlahan.
Atlet Poland, Ewa Swoboda memenangi perak dengan catatan 11.03s selepas penentuan menerusi penamat secara foto dengan pelari Itali, Zaynab Dosso.
"Saya berada pada bentuk terbaik. Saya rasa bagus dan sedar apa yang ada dalam diri. Saya bermula dengan agak buruk, tetapi akhirnya menang," kata Dina.
"Sudah tentu, saya boleh berlari dengan lebih pantas lagi. Ini adalah perkembangan baik menjelang Sukan Olimpik Paris. Saya gembira berada dalam keadaan begini selepas beberapa bulan mencuba sesuatu yang baru dan ia memang sukar dicapai."
Dina kini berpangkalan di Austin, Texas, apabila dia sedang berusaha melakukan "pecutan penamat terbaik dan boleh mengatasi permulaan yang buruk."
"Saya berjaya melakukannya, ia agak mencabar. Secara keseluruhan, saya gembira dan ia sudah tentu cara baharu untuk saya memenangi perlumbaan, jadi ia akan memberi nilai tambah," kata Dina yang muncul juara dunia 200m pada 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -100m-wanita-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|