CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 3

[NEWS] WORLD GLOBAL BATTLE OF THE BANDS

[Copy link]
Post time 1-4-2011 11:22 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur, 26 Feb 2011 : Berlanjutan dengan GBOB Malaysia yang telah diadakan 12 Feb 2011. Pusingan akhir dunia dimana 17 buah kumpulan muzik dari 5 buah benua seluruh dunia berentak untuk merebut gelaran Juara GBOB 2010. Tahun ini Malaysia bertuah menjadi negara yang pertama menjadi tuan rumah pusingan akhir dunia diluar England dimana pusingan akhir pertandingan setiap tahun dimulakan sejak 2004. Pertandingan akhir dunia ini akan bakal dihadiri oleh pemuzik dalam dan luar negara, tokoh profesional industri muzik dan akan bakal dihakimi oleh barisan hakim antarabangsa. Juara akan bakal menerima US$100,000.00 dan promosi di seluruh dunia selain mendapat pengiktirafan sebagai "Band Baru Terbaik di Dunia".

17 finalis GBOB 2010 adalah terdiri daripada The Tillegra Damned (Australia), Exprienced (Belgium), The River Raid (Brazil), Strangers (Indonesia), The Amazing Insurance Salesmen (China), Scarlletta (England), Shenaniganz (Jerman), Dubtonic Kru (Jamaica), Bombers (Malaysia), WxNN (Moldova), Nope (Maghribi), Voodoo Vanity (Norway), White Walls (Romania), Salvador (Rusia), Sonsteek (Afrika Selatan), Luminasion (Thailand) dan Magua(Ukraine).

Persembahan kesemua finalis dinilai dan diadili oleh panel hakim iaitu Kee Marcello ( bekas pemain gitar kumpulan rock 'Europe'), Geir Waade (penerbit dan artis) Gerry Helders (pengasas pelbagai syarikat pengurusan artis Eropah), dan Tore Lande (Pengasas dan CEO GBOB Worldwide Ltd.). Peserta diadili berdasarkan keaslian, gaya persembahan, penyampaian vokal, imej, aksi pentas, muzik dan persepaduan didalam kumpulan. Kesemua ini adalah juga untuk faktor untuk potensi menjadi artis antarabangsa dengan nilai membolehkan mereka menjadi bintang pujaan.

Hadiah pemenang yang merupakan pakej pembangunan kumpulan muzik bernilai US$100,00 akhirnya dimenangi oleh Dubtonic Kru dari Jamaica.

Artis jemputan pada malam tersebut adalah Rustic dari China yang merupakan juara GBOB 2009 sebagai pembuka tirai pertandingan, manakala Kee Marcello mempersembahkan lagu hit 'The Final Countdown' dan kumpulan indie popular Malaysia iaitu 'Hujan' merupakan artis penutup tirai sebelum juara GBOB diumumkan.

Pertandingan GBOB ini diterbitkan oleh Redberry Events, anak syarikat Redberry Group dengan kerjasama antara GBOB Worldwide Ltd, Astro Hitz , ELEVATE, Ultimate Music dan Malay Mail adalah rakan media rasmi.

note : diucapkan ribuan terima kasih kepada Waves PR Sdn Bhd yang menguruskan dengan jayanya GBOB ini.


Nota dari bel : maaf sbb news ni dah lama tapi baru berkesempatan utk buat post. Sekiranya ko org adalah peminat Hujan..beberapa gambar akan bel postkan di Bod Muzik & Selebriti : Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2011 11:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by isabel at 1-4-2011 12:02

Persembahan dari Dubtonic Kru (Jamaica) yang telah mencuri hati para Juri.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 12:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by isabel at 1-4-2011 12:09

Persembahan Bombers yang bertenaga tapi sayang x mendapat sebarang tempat...
tapi apa pun kata kumpulan Bombers...mereka sangat gembira kerana dapat berentap dengan kumpulan luar negara yang hebat2 belaka dan pertandingan ini dijadikan satu pengalaman yang sangat berharga bagi mereka.








Penonton ini sangat bertuah kerana mendapat gitar yang dilontarkan oleh penyanyi utama Bombers. Tahukah anda, gitar ini adalah gitar yang dimenangi oleh Bombers semasa mereka memenangi pertandingan akhir Malaysia GBOB.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 12:14 PM | Show all posts
persembahan penutup tirai..

Kee Marcello menyampaikan lagu hit bekas kumpulan beliau iaitu "The Final Countdown"



Persembahan dari kumpulan Hujan...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038690 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list