View: 2306|Reply: 0
|
RM7.5 juta untuk skuad basikal buru emas di Paris
[Copy link]
|
|
BASIKAL yang akan digunakan pelumba negara di Olimpik Paris kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM385,800. -FOTO ISN
Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bekerjasama membangunkan basikal berteknologi tinggi dengan jumlah RM7.5 juta secara keseluruhan bagi memastikan emas pertama Malaysia di pentas Olimpik menjadi kenyataan.
Hasil usaha keras ISN dan MSN itu, basikal berjenama Trek WX-R Vorteq berjaya menambah baik dari segi kelengkapan teknologi terkini berbanding sebelum ini dan akan digunakan pelumba negara di Olimpik Paris nanti. Harga untuk sebuah basikal itu adalah RM385,800 setiap satu.
Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Azizulhani Awang percaya dengan adanya basikal seperti itu dia dan rakan mampu memberi cabaran lebih sengit kepada pelumba dari Great Britain dan Jerman di Paris nanti.
Jelasnya, dalam edisi Olimpik sebelum ini, pelumba dari negara itu mempunyai kelebihan dari segi teknologi basikal yang digunakan dan itu membuatkan mereka lebih mudah mengatasi pelumba negara lain.
Namun begitu, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman menyatakan dengan ada berbasikal seperti itu tidak bermakna ia memberi jaminan untuk dia dan rakan-rakannya untuk terus menang di Olimpik Paris nanti.
"Ramai tidak faham ingat ada basikal baru boleh terus menang. Sebelum ini kita tiada R&D (projek membangunkan) basikal ini, kita selangkah ke belakang dengan pesaing kita Great Britain, Jerman. Mereka sudah ada keistimewaan dari segi basikal untuk pelumba mereka dan dari segi teknologi, mereka selangkah ke depan.
"Kita mungkin berlatih bersungguh-sungguh tapi bila kita nak berlumba, kita dah di belakang waktu itu dan ia itu tidak adil tapi sekarang UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ) sudah buat peraturan baru, selepas Olimpik Rio (Brazil 2016), semua basikal kena terbuka (di jual) di pasaran dan semua boleh buat R&D.
"Saya fikir kita patut bangga bukan semua negara buat. Malaysia dan Jepun antara yang bersungguh-sungguh mengembangkan serta membantu pelumba mereka. Ini adalah teknologi dalam sukan.
"Sekarang kita sudah sama dari segi teknologi sukan dengan Great Britain, Jerman mahupun Jepun. Sekarang pelumba pula kena buktikan sebab ia ibarat 'engine' yang akan menentukan kemenangan nanti," katanya selepas Majlis Pelancaran Team MAS bersempena Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk makluman, projek yang dilakukan oleh ISN dan MSN itu adalah perkara biasa bagi negara berbasikal trek utama untuk membangunkan basikal baharu bagi setiap kali menjelang Olimpik. Pada edisi Olimpik Tokyo dulu, basikal Vorteq WX-R juga dibangunkan dan menelan kos RM13 juta.
Azizulhasni akan memulakan misi emas pertama negara dengan berlatih di Belgium pada Jun ini dan akan ke Sepanyol pada Julai nanti sebelum berangkat ke Paris pada Ogos bagi menghadapi hari perlumbaan di sana.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -buru-emas-di-paris |
|
|
|
|
|
|
| |
|