CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 0

Speedy Tigers lonjak ranking 12 dunia

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

AZRAI berjaya meledak satu gol buat skuad negara ketika menewaskan Kanada 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan B di Gniezno semalam. - FIH

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh kekal tenang dan mengharapkan para penyokong terus mempercayai proses sedang dilakukannya meskipun gagal melangkah ke separuh akhir Piala Negara-Negara FIH di Gniezno, Poland ketika ini.

Menurutnya, rata-rata pemain dalam skuad Speedy Tigers kali ini berwajah baharu yang kali pertama merasai pengalaman beraksi di pentas Piala Negara-Negara FIH.

Bagaimanapun, Sarjit tetap memuji kesungguhan barisan pemainnya yang menamatkan kempen Kumpulan B di tangga ketiga hasil kemenangan 4-2 ke atas Kanada dalam aksi terakhir semalam.

“Kami bermula dengan baik pada suku pertama dan kedua, tetapi persembahan pasukan menurun pada suku ketiga dan keempat. Banyak peluang disia-siakan dan tidak klinikal dalam kawasan D.

“Layangan kad kuning jejaskan rentak pasukan. Cara pengurusan kad oleh pamain agak mengecewakan dan perkara sebegini tak boleh berlaku lagi untuk aksi seterusnya.

“Ia masih keputusan yang bagus untuk pasukan ini. Ramai muka baru beraksi di Nations Cup (Piala Negara-Negara FIH). Cuma persembahan tidak konsisten. Kita percaya dengan proses,” katanya.
KEMENANGAN ke atas Kanada semalam melonjakkan skuad negara ke ranking 12 dunia daripada No.13 buat sementara waktu. – FIH

Empat gol skuad negara semalam dijaringkan oleh Mohd. Fitri Saari pada minit kedua, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-6), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (m-22) dan Muhajir Abdu Rauf (m-42).

Dua gol Kanada pula diperoleh menerusi Roopkanwar Dhillon dan Maansarovar Sidhu masing-masing pada minit ke-41 serta 51.



Kemenangan itu menyaksikan Speedy Tigers melonjak satu anak tangga ke No.12 dunia, namun kedudukan itu mungkin tidak bertahan lama sekiranya Korea Selatan berjaya menewaskan Afrika Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini.

Sabtu ini, skuad negara akan meneruskan aksi klasifikasi menentang pasukan tempat keempat Kumpulan A dalam usaha menamatkan kejohanan di tempat kelima.

Sebagai rekod, Speedy Tigers berjaya meraih tempat keempat ketika di bawah bimbingan A. Arul Selvaraj sewaktu edisi pertama Piala Negara-Negara FIH yang berlangsung di Potchefstroom, Afrika Selatan pada 2022. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... k-ranking-12-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list