View: 7677|Reply: 0
|
Pemegang rekod dunia, Kipruto digantung enam tahun
[Copy link]
|
|
KIPRUTO digantung enam tahun kerana kesalahan doping. -FOTO AFP
Paris: Unit Integriti Olahraga (AIU) memaklumkan bahawa pemenang rekod dunia 10 kilometer (km) dari Kenya, Rhonex Kipruto digantung enam tahun kerana kesalahan doping dan rekod dunia miliknya turut dibatalkan.
Kipruto akan digantung sehingga 10 Mei 2029 selepas tribunal tatatertib AIU memutuskan "penyelewengan dalam Pasport Biologi Atlet (ABP) nya disebabkan oleh penggunaan dadah terlarang."
Menolak pembelaan Kipruto, tribunal menyimpulkan "ketidaknormalan dalam ABP lebih cenderung disebabkan oleh manipulasi darah" dan tidak ada "penjelasan lain yang munasabah."
Atlet berusia 24 tahun itu digantung sementara pada 11 Mei tahun lalu selepas penipuan dalam pasport biologinya sejak Julai 2018 dikesan.
Kipruto sebelum ini meraih pingat gangsa 10,000 meter (m) di kejohanan dunia 2019 di Doha.
Dia mencipta rekod 10km dengan catatan 26 minit 24 saat di Valencia pada 2020 tetapi menduduki tempat kesembilan dalam acara 10,000m di Sukan Olimpik pada 2021.
AIU memutuskan membatalkan semua keputusan Kpruto antara 2 September 2018 hingga 11 Mei 2023.
Keputusan penggantungan itu menyaksikan, Berihu Aregawi dari Ethiopia akan menjadi pemegang rekod dunia baru dalam larian 10km selepas mencatatkan masa 26 minit 33 saat tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... igantung-enam-tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|