CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 0

[Kelantan] 137 kes ceroboh hutan di Kelantan, kompaun RM1.38 juta dikutip

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Pemandangan kawasan tanah tinggi Lojing yang didakwa antara diteroka secara tidak terkawal. - Gambar fail

KOTA BHARU: Sejumlah 137 kes pencerobohan hutan dikesan berlaku di Kelantan sepanjang tempoh empat tahun sejak 2020.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata daripada jumlah itu 98 kes sudah selesai, manakala bakinya masih dalam siasatan.

Dalam tempoh sama juga, katanya, pihaknya mengutip kompaun RM1.38 juta dan mengenakan denda sebanyak RM101,000.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah kes dikesan tahun ke tahun sepanjang tempoh terbabit didapti menurun dan ia berpunca daripada tindakan penguatkuasaan yang dipertingkatkan secara berterusan.


"Alhamdulillah trend kes semakin menurun. Jika dilihat 2020 terdapat 47 kes dan ia menurun kepada 35 kes pada 2021.

"Pada 2022 pula 33 kes direkodkan, menurun kepada 22 kes pada 2023. Ini adalah hasil penguatkuasaan dilakukan secara berterusan oleh Jabatan Perhutanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS- Chempaka) berhubung jumlah kes pencerobohan tanah yang dikesan Jabatan Perhutanan sejak 2020 hingga 2023.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin memaklumkan, Jabatan Perhutanan turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas termasuk menanam semula pokok hutan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -rm138-juta-dikutip

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.256756 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list