CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5563|Reply: 0

KL Rovers selesa status 'underdog'

[Copy link]
Post time 2-6-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain KL Rovers giat menjalani latihan. FOTO IHSAN KL ROVERS

Kuala Lumpur: Naib juara Liga M3 dua musim berturut-turut, Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) lebih selesa tampil selaku pasukan 'underdog' musim ini menjelang sepak mula saingan divisyen kedua menentang Armed Forces di Stadium Bolasepak KL, di Cheras, malam ini.

Liga M3 yang dijenamakan semula kepada Liga A1 Semi-Pro MBSB musim ini menyaksikan persaingan 15 pasukan dan pengendali KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail akui cabaran kali ini lebih sukar.

"Kita tidak dapat membawa 100 peratus pemain musim lalu. Sudah pasti ia merupakan cabaran yang besar buat kami semua, untuk tahun ini kami lebih bersederhana.

"Walau bagaimanapun, saya percaya kumpulan pemain ini boleh kita diketengahkan dan saya harap kita mampu menyerlah," kata bekas penolong pengendali Harimau Malaya itu.


Sebanyak 15 pasukan akan memulakan cabaran memburu kejuaraan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank 2024/2025 pada perlawanan minggu pertama Sabtu dan Ahad ini.

Lima pasukan baharu dan 10 pasukan sedia ada bakal mengharungi 210 perlawanan disepanjang kejohanan yang bermula 1 Jun 2024 dan berakhir Februari 2025.

Deretan pemain berpengalaman berstatus kebangsaan dan negeri serta kelab turut sama menghangatkan kejohanan yang pastinya menjanjikan aksi sengit setiap minggu.

Pada musim lalu, KL Rovers hanya berpuas hati selaku naib juara di belakang Imigresen FC yang menjuarai liga itu musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... esa-status-underdog
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.657575 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list