View: 7248|Reply: 0
|
Penggantian rumput 'Bermuda' Stadium Darul Makmur bermula Ogos depan
[Copy link]
|
|
STADIUM Darul Makmur akan dinaik taraf termasuk pertukaran rumput Cow Grass kepada Bermuda. FOTO ASROL AWANG
Kuantan: Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) mengesahkan kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur termasuk pertukaran rumput daripada jenis Cow Grass kepada Bermuda akan bermula Ogos depan.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, kerja menaik taraf itu dianggarkan mengambil tempoh masa enam bulan untuk disiapkan.
"Penggantian rumput daripada Cow Grass kepada Bermuda kerana ia lebih baik dan bersih serta diiktiraf antarabangsa.
"Oleh itu usaha menaik taraf Stadium Darul Makmur yang membabitkan peruntukan RM1.6 juta ini juga dalam usaha pemodenan stadium termasuk beberapa pembaharuan lain.
"Dengan menaik taraf stadium ini, ia adalah nilai pakej pemodenan yang dilakukan PSDM untuk memastikan keselesaan selain memberikan kemudahan terbaik," katanya.
Fadzli berkata, jumlah keseluruhan itu membabitkan peruntukan RM1.6 juta, masing-masing RM1.1 juta daripada Kerajaan Pahang, manakala RM500,000 geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Difahamkan, penggantian rumput itu akan dilaksanakan bersama kerja menaik taraf sistem saliran padang untuk memastikan ia tidak bertakung apabila hujan lebat.
Berikutan Stadium Darul Makmur akan dinaik taraf, pasukan Sri Pahang FC kini menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebagai gelanggang rasmi skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bermula-ogos-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|