CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4061|Reply: 0

[Johor] Tiga maut, MPV dinaiki terbabas ke parit sedalam dua meter

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Toyota Vellfire terbabas ke dalam parit di kawasan Danga Bay di sini. - NSTP/Bomba Johor

JOHOR BAHRU: Tiga orang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki terbabas ke parit sedalam kira-kira dua meter di kawasan Danga Bay di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chu Wei Yean, 28; Aw Siew Chern, 35; dan Chu Wan Rou, 31.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, tiga mangsa membabitkan seorang lelaki dan dua wanita dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan berkenaan.



"Kita mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu dan dibawa naik menggunakan tali dan pengusung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.40 pagi.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-sedalam-dua-meter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065002 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list