View: 4521|Reply: 0
|
Bagnaia kuasai ujian masa, pilihan juarai MotoGP Itali
[Copy link]
|
|
PELUMBA pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia. FOTO Agensi
Mugello, Itali: Pelumba pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia memberi amaran pada sesi ujian masa apabila muncul pelumba paling pantas menjelang saingan MotoGP Itali, esok.
Dalam ujian masa itu, Bagnaia yang juga juara dunia serta pelumba pilihan di saingan itu mencatatkan masa terpantas berbanding pelumba lain.
Dia melakar satu minit 44.93 saat (s) untuk mengatasi pesaing terdekat Alex Rins (Yamaha) dan Pedro Acosta (GasGas), dengan kedua-duanya berasal dari Sepanyol.
Juara dunia enam kali, Marc Marquez muncul pelumba kelima terpantas manakala pendahulu keseluruhan MotoGP musim ini, Jorge Martin di tempat ketujuh.
Kejayaan Bagnaia itu membayangkan kemungkinan dia bakal menguasai litar di Mugello itu sekaligus mengekalkan aksi sama minggu lalu.
Pada perlumbaan di litar Catalunya sebelum ini, Bagnaia memenangi saingan itu di mana ia adalah kemenangan podium ketiganya musim ini.
Penunggang Ducati itu hadir di Mugello segar daripada kemenangannya di Catalunya, yang melonjakkan pelumba bergelar 'Pecco' itu 39 mata di belakang pendahulu semasa Jorge Martin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... juarai-motogp-itali |
|
|
|
|
|
|
| |
|