View: 688|Reply: 0
|
Wembley final impian Bellingham
[Copy link]
|
|
Jude Bellingham (tengah) meraikan gol ketika menentang Union Berlin dalam Liga Juara-Juara awal musim ini. – Foto REUTERS
MADRID: Tahun pertama Jude Bellingham di Real Madrid bermula mengagumkan susulan lambakan gol tetapi penamatnya mungkin lebih luar biasa.
Dengan kejuaraan Sepanyol sudah berada dalam genggaman, Madrid memburu kejuaraan berganda La Liga dan Liga Juara-Juara bagi kali kelima, berdepan bekas pasukan pemain antarabangsa England itu, Borussia Dortmund pada final di Wembley awal pagi Ahad ini.
"Ia satu perlawanan yang begitu besar, final Liga Juara-Juara pertama saya, kembali ke England menentang bekas pasukan saya – ia sesuatu yang gila, saya tidak boleh mengimpikannya lebih baik lagi," kata Bellingham kepada wartawan minggu ini.
Pemain tengah berusia 20 tahun itu dipilih sebagai pemain terbaik tahunan La Liga kelmarin. Bellingham menyumbat 19 gol dalam liga dan empat di Eropah dalam laluan ke final.
Tiba di Real Madrid pada musim panas lalu, dia mendedahkan kekagumannya terhadap pemain tengah legenda Zinedine Zidane malah menyarung jersi nombor 5 milik bintang Perancis itu.
Jude Bellingham ketika menyarung jersi Borussia Dortmund dalam Bundesliga musim lalu. – Foto REUTERS
Bagaimanapun jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mempunyai perancangan lain buat Bellingham, pemain tengah memukau di Dortmund, dengan meletakkannya di tempat yang ditinggalkan Karim Benzema berikutan pemergiannya.
Ia menghasilkan pulangan serta-merta, dengan 13 gol dalam 13 perlawanan pertamanya, menyaksikannya segera disayangi peminat Madrid, yang pantas melaungkannya dengan lagu Beatles 'Hey Jude.'
Bellingham meledak dua gol, termasuk gol kemenangan pada minit ke-91, dalam aksi Clasico pertamanya untuk meraih kemenangan ke atas juara bertahan Barcelona di bumi Catalunya.
Adakah dia menjangkakan impak sebegitu? "Saya hadir ke sini menjangkakan untuk menang," akui Bellingham.
"Saya hadir ke sini kerana saya mahu menang dan menjangkakannya, ia mungkin agak tamak tetapi anda perlu yakin apabila anda beraksi di samping ramai pemain hebat."
Jude Bellingham (kanan) ketika beraksi dengan England menentang Scotland pada aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini. – Foto REUTERS
Dengan satu lagi gol kemenangan pada aksi kedua Clasico dan tiga gol dalam dua perlawanan menentang pencabar kejuaraan kejutan Girona, Bellingham meledak dalam perlawanan penting.
Jaringannya mula menyusut apabila Ancelotti menugaskannya dengan tanggungjawab bertahan, dihukum dengan kekalahan di tangan Atletico Madrid – kekalahan tunggal mereka dalam La Liga. Dalam Liga Juara-Juara, Madrid tidak kalah.
"Apa yang anda lihat daripada saya tahun ini banyak berbeza dari segi peranan dan posisi," kata Bellingham.
Ada kebimbangan mengenai tahap kecergasannya menjelang hujung musim susulan kecederaan buku lali tetapi dia berkata dia berasakan "hampir pulih" 100 peratus selepas berehat sebaik Madrid mengesahkan kejuaraan.
Bellingham menyertai Dortmund dari Birmingham City pada usia 17 tahun. Dia adalah pemain termuda Inggeris pernah tampil dalam pasukan itu dan mereka tidak menawarkan lagi jersi bernombor 22 disarungnya bagi menghargai sumbangannya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-impian-bellingham |
|
|
|
|
|
|
| |
|