CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3712|Reply: 0

[Johor] Bau cat, pelarut dikesan di sekitar kawasan kebakaran kilang

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

JAS Johor memantau udara di Gelang Patah.

Iskandar Puteri: Penduduk di sekitar Gelang Patah di sini, terkesan dengan bau cat dan pelarut sejak malam tadi berikutan kejadian kebakaran membabitkan tujuh bangunan kilang di Taman Perindustrian Dato' Yunus Sulaiman di sini, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Ling Tian Soon berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor memantau kualiti udara selepas kebakaran membabitkan tujuh unit bangunan termasuk sebuah kilang cat.

Beliau berkata, kerja-kerja pemantauan berkenaan dilakukan sejak 12.30 tengah malam tadi sehingga 8 pagi hari ini di kawasan sekitar kilang terbabit.

"Pengawasan kualiti udara dilakukan di kawasan perumahan Jalan Bahagia 1 sekitar 300 meter jarak dari lokasi kejadian dan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming yang terletak 500 Meter dari lokasi kejadian.


"Pengawasan di kawasan perumahan Jalan Bahagia 1 mendapati ada mempunyai bau seperti cat dan pelarut bacaan pengawasan udara adalah memuaskan dengan tiada bacaan melebihi AEGL 1 (tahap kepekatan udara selamat).

"Pengawasan di hadapan SJKC Ping Ming tiada apa-apa bau dikesan dan bacaan kualiti udara juga menunjukkan tiada pencemaran," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, pengerusi penduduk di kawasan itu, Salamian Surip berkata, penduduk perlu sedia berpindah sekiranya pencemaran udara berlaku di kawasan mereka bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tidak terjejas.

Menurutnya, amaran berjaga-jaga itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad selepas berbincang dengan pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sekiranya gas-gas berbahaya dikesan dilepaskan dari kawasan kilang yang terbakar itu.

"Sekiranya pihak bomba dan JAS mendapati ada pelepasan atau terbebasnya gas-gas berbahaya termasuk gas beracun, maka penduduk kawasan sekitar kilang perlulah segera berpindah ke lokasi selamat yang akan dimaklumkan.

"Oleh itu mohon semua penduduk dalam keadaan bersiap sedia untuk boleh segera berpindah bila-bila masa dari sekarang sekiranya ada arahan dari pihak berwajib nanti," katanya dan meminta penduduk sentiasa mengikuti arahan dikeluarkan.

Difahamkan, terdapat kira-kira 2,000 penduduk yang perlu dipindahkan sekiranya gas berbahaya dikesan di penempatan sekitar kilang berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, kebakaran kilang cat di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Lima Kedai, Gelang Patah pada petang semalam itu memusnahkan 55 peratus daripada keseluruhan tujuh unit bangunan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.37 petang semalam.

Menurutnya, saksi kejadian menyatakan kebakaran bermula dari bahagian gudang salah sebuah kilang berkenaan.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, selain tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kebakaran-kilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.048926 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list