CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5235|Reply: 0

'Bukan Harimau Malaya sebenar tanpa Arif Aiman'

[Copy link]
Post time 27-5-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman tidak tersenarai dalam barisan pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat hadapi dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan skuad bola sepak kebangsaan bukan Harimau Malaya yang sebenar sekiranya tanpa bintang muda sensasi, Arif Aiman Hanapi.

Arif Aiman tiada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon bagi kem latihan pusat bermula, hari ini untuk mengharungi dua aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Bukan sahaja Arif Aiman, Harimau Malaya terlebih dahulu kehilangan khidmat seorang lagi tonggak penting, Faisal Halim yang terpaksa berehat panjang kerana menjalani rawatan selepas menjadi mangsa simbah asid, 5 Mei lalu.

Shahrom yang kini memikul tugas sebagai ketua jurulatih pasukan Liga A1, Gombak FC bagaimanapun tetap percaya bahawa Pan Gon mempunyai perancangan terbaik buat skuad negara dengan pemain yang ada.


Dia berkata, pemain berpengalaman seperti Akhyar Rasid dan Safawi Rasid harus bekerja keras untuk menampung ketiadaan Arif Aiman dan Faisal di bahagian sayap.

"Saya rasa untuk senarai pemain kali ini bukan barisan yang terakhir. Ada juga pemain yang diberi peluang seperti Adib Ra'op dan pemain baru lain yang dipanggil masuk. Tapi, bagi saya, selagi tiada Arif Aiman, selagi itu ia bukan pasukan kebangsaan yang sebenar.

"Namun, kita tetap ada peluang yang mana Pan Gon pasti ada perancangan terhadap perlawanan terutama pendekatan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan. Pemain yang dipanggil masih lagi mampu bersaing.

"Pendekatan dan intensiti permainan mungkin berbeza. Tanpa Faisal dan Arif Aiman akan ada sedikit terencat di bahagian serangan.

"Perkara yang baik apabila Safawi dan Akhyar sudah mendapat minit permainan bersama Terengganu, ini masa mereka memikul tanggungjawab," katanya.

Harimau Malaya dijadual menentang Kyrgyzstan, 6 Jun ini di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum melayan kunjungan Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menganggap barisan pemain Harimau Malaya tidak akan berdepan isu 'match fitness' atau kecergasan perlawanan seperti yang berlaku ketika dua aksi menentang Oman, Mac lalu.

Dia berkata, ia selepas pemain sudah menjalani latihan yang keras bersama kelab dan memperoleh kecergasan perlawanan menerusi aksi Liga Malaysia (Liga M).

"Masa lawan Oman kita bermula dengan kosong (aspek kecergasan perlawanan) kerana tiada liga. Tapi sekarang pergerakan untuk mendapatkan kecergasan perlawanan sudah ada.

"Pan Gon boleh terus dengan latihan yang berat kerana saya yakin kedudukan fizikal pemain sudah bersedia. Ketika persiapan menentang Oman, kita risau jika terus latihan keras akan berisiko menyebabkan pemain cedera dan sebagainya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ar-tanpa-arif-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.342596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list