CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3075|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerjaya Prospek dapat kontrak kerja penambakan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 27-5-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Kerjaya Prospek dapat kontrak kerja penambakan di Pulau Pinang


Oleh BERNAMA - Mei 27, 2024 @ 3:18pm



Pembangunan Seri Tanjung Pinang - Foto laman web E&O




KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd menerima surat anugerah untuk melaksanakan serta menyiapkan kerja-kerja penambakan dan pengorekan bagi pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) di Tanjung Tokong, Pulau Pinang bernilai RM567.7 juta.

Syarikat itu melalui satu kenyataan hari ini berkata, kerja terbabit dijangka siap dalam tempoh 40 bulan dari tarikh permulaan.

Kontrak itu, yang dianugerahkan oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd, dilaksanakan berdasarkan terma komersial tertentu.

Eastern & Oriental Bhd (E&O) merupakan syarikat yang mana pemegang saham utama Kerjaya Prospek mempunyai kepentingan langsung dan tidak langsung.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya Prospek, Tee Eng Tiong, berkata projek itu akan meningkatkan nilai kontrak terkumpul dari tahun sehingga kini kepada RM978.7 juta, yang menjadikan jumlah tempahan dalam tangan tertunggak syarikat berada pada paras RM4.5 bilion, yang akan bertahan untuk sekurang-kurangnya empat tahun akan datang.

"Dengan tempahan dalam tangan yang mantap serta perancangan projek yang kukuh, kami percaya Kerjaya Prospek berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan yang mampan dan kejayaan yang berterusan.

"Kontrak baharu ini mengesahkan keupayaan kami untuk menjalankan kerja-kerja infrastruktur seperti ini, memandangkan rekod prestasi lalu kami berjaya menambak semula kawasan seluas 102.39 hektar di bawah STP Fasa 1," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.304377 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list