CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27048|Reply: 0

[Kedah] Anak-anak cadang tunai umrah, ziarah kubur ayah di Makkah

[Copy link]
Post time 26-5-2024 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Anak-anak cadang tunai umrah, ziarah kubur ayah di Makkah

OlehROSHILA MURNI ROSLI

26 Mei 2024 06:59pm








Norshakila menunjukkan gambar bapa mereka yang meninggal dunia di Makkah pada Jumaat.




KUBANG PASU - Empat anak bakal jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, Abnil Hajar Ismail, 72, merancang untuk menunaikan umrah di samping menziarahi pusara Allahyarham bapa mereka.

Anak keduanya, Norshakila Abnil Hajar, 49, berkata, mereka empat beradik yang kesemuanya perempuan merancang perkara berkenaan memandangkan ayah mereka dikebumikan di Makam Al-Sharaya pada Sabtu.



"Insya-ALLAH kami ada merancang untuk buat umrah sambil ziarah kubur ayah.

"Nak buat haji kena tunggu giliran, lambat pula, jadi kita rancang buat umrah," katanya ketika ditemui di rumah mereka di kampung Tanjung Mukim Jeram di sini pada Ahad.



Menurutnya, dia menerima berita pemergian bapanya itu melalui panggilan telefon oleh ibu mereka yang turut berada di tanah suci, Sa'diah Bakar, 72, kira-kira jam 5 pagi pada Jumaat.


Gambar kenangan terakhir Abnil Hajar bersama keluarga ketika di Hotel Raia, Alor Setar sebelum berlepas ke tanah suci.




"Kami baru tahu yang ayah ada muntah dan dibawa ke klinik pada hari yang sama dia meninggal. Rupanya ayah memohon petugas Tabung Haji (TH) merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu anak-anak risau," katanya.

Jelasnya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian bapanya itu walaupun ia agak mengejut.




"Sepanjang buat panggilan video ayah nampak sihat saja di sana. Mak pun beritahu ayah kuat dan bersemangat, sebab itu kami terkejut apabila dimaklumkan ayah meninggal dunia.

"Tapi apa pun kami reda apatah lagi ayah meninggal pada hari Jumaat di Makkah dan disolatkan di Masjidil Haram, tak ramai yang dapat peluang macam ini di tanah suci," katanya.

Norshakila yang juga seorang guru berkata, bapanya mendaftar haji sejak 2009 dan baru tahun ini mendapat panggilan haji.

"Sejak dapat berita nama terpilih untuk menunaikan haji, ayah gembira sangat. Kiranya dari mula dapat berita sehingga kami hantar dia di Hotel Raia pada 9 Mei lalu memang terserlah kegembiraan dia.

"Masa itu pun dia tak ada tunjuk apa-apa perubahan cuma ada pesan tolong tengok-tengokkan rumahnya ini sahaja," katanya.

Kematian Abnil Hajar disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia pada Ahad.

Beliau berkata, Abnil Hajar disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat, jam 10.30 malam.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.228320 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list