CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4572|Reply: 0

[Kedah] 'Saya halalkan Proton Persona itu, niat saya nak bantu anak mereka'

[Copy link]
Post time 26-5-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode
'Saya halalkan Proton Persona itu, niat saya nak bantu anak mereka'


Redzuan Muharam
[email protected]



MOHD Azlan Ishak ketika menerima Proton Persona pemberian Firdaus. FOTO ihsan Firdaus Shariffudin





Alor Setar: "Saya halalkan apa diberi, tak ada rasa ralat atau kesal pun selepas dapat tahu kisah sebenar mereka kerana hadiahkan kereta dengan niat nak bantu anaknya."

Itu reaksi pengusaha kereta terpakai, Firdaus Shariffudin, 36, ketika ditanya perasaannya apabila mengetahui status pasangan tular, Mohd Azlan Ishak, 35, dan Norhidayu Halim, 35, bukan suami isteri yang sah tidak lama selepas dia menghadiahkan Proton Persona kepada mereka.

Menurut Firdaus, dia dapat tahu kisah sebenar kelmarin selepas terbaca dalam berita yang tular dan tidak menyokong kesalahan yang dilakukan pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, Firdaus sedar dia tiada hak untuk terus menghukum mereka atas kesalahan masa silam.

Baginya, Mohd Azlan layak dibantu dengan mengambil kira kepayahan dilalui jadi nekad hadiahkan kereta kepada lelaki itu pada Rabu lalu.

"Kali pertama saya jumpa dengannya (Mohd Azlan Ishak) Ramadan lalu ketika sampaikan bantuan beras.

"Waktu itu, dia beritahu nak kereta murah dengan bajet RM500 ke RM1,000 untuk hantar anak ke hospital terutama waktu hujan tapi saya tak dapat bantu kerana yang ada dengan harga sebegitu memang tak elok keadaannya.

"Rabu lalu, dia datang lagi ke kedai saya menaiki teksi untuk beli kereta dengan bajet RM1,000 tapi saya terus minta dia pilih kereta apa yang dia mahukan dan akhirnya dia pilih Persona yang berharga RM18,000.

"Saya ibaratkan dia macam orang yang jatuh longkang dan dalam kesusahan jadi bantu seikhlas hati, tak fikir pun dia orang jahat kerana nilai kereta itu kecil buat saya tapi besar buatnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bapa tiga anak itu berkata, sekalipun Mohd Azlan melakukan kesalahan seperti didakwa, dia menyifatkan lelaki berkenaan sebagai bapa yang bertanggungjawab.

"Apa saya nampak waktu berjumpa dengannya tempoh hari adalah sikapnya sebagai seorang ayah yang penyayang.

"Tak nampak pun dia orang yang mata duitan malah dia pun tak minta kisahnya tular.

"Jadi, saya tak nak campur urusan peribadinya kerana itu kisah silamnya dan semua orang pun buat salah.

"Mungkin kisah tular itu asbab untuk pihak berwajib bertindak memberi bantuan sepatutnya dan permudahkan urusannya berkahwin dengan pasangan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Mohd Azlan dan Norhidayu yang tular di media sosial kerana membawa Mohd Aariz Zafran yang berumur 11 bulan menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke hospital.

Kepayahan dilalui pasangan itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pendedahan Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Muslim mengenai status Mohd Azlan dan pasangan yang bukan suami isteri sah mengejutkan warganet hingga timbul bermacam andaian negatif terhadap mereka.



Disiarkan pada: Mei 26, 2024 @ 1:34pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.427725 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list