CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8902|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa hentikan penjualan rempah dari India

[Copy link]
Post time 24-5-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa hentikan penjualan rempah dari India


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 24, 2024 @ 3:36pm [email protected]




Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader. Foto fail NSTP





GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mengharamkan segera penjualan dua jenama rempah dari India kerana dipercayai mengandungi etilena oksida, agen penyebab kanser.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata kedua-dua jenama rempah ratus yang terjejas itu boleh didapati dengan meluas di Malaysia, terutama dalam platform e-dagang.

Katanya, jenama rempah yang terjejas itu dieksport ke banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia Tenggara, Asia Barat dan Australia.

"Memandangkan rempah ratus digunakan dengan meluas di Malaysia, KKM bukan sahaja perlu menjalankan ujian ke atas dua jenama rempah itu tetapi juga rempah lain yang diimport dari India berikutan penggunaannya dalam kari di negara ini.

"Malaysia menjadi pengimport kedua terbesar cili dari India dan beberapa import rempah utama Malaysia yang lain ialah ketumbar, buah pelaga kecil, kunyit dan jintan manis," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut REUTERS, Agensi Piawaian Makanan (FSA) United Kingdom (UK) sudah melaksanakan langkah kawalan tambahan bagi sisa racun makhluk perosak dalam rempah dari India termasuk etilena oksida.

Mohideen berkata, United Kingdom menjadi yang pertama meningkatkan penelitian terhadap semua rempah India selepas dakwaan pencemaran terhadap dua jenama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengawal selia makanan global.

Katanya, Nepal pula menjadi negara terbaru mengharamkan import dan penjualan dua jenama rempah India yang popular itu.

"Bulan lalu, Hong Kong dan Singapura melakukan perkara sama selepas ujian mengesan kehadiran etilena oksida dalam sampel yang diuji, manakala New Zealand, AS dan Australia sejak itu sedang meneliti isu berkaitan kedua-dua jenama berkenaan.

"Selain penggunaannya sebagai racun makhluk perosak, etilena oksida digunakan bagi mensterilkan peralatan perubatan dan sebagai agen pensterilan dalam rempah untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella dan E Coli," katanya.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS pula, pendedahan tetap kepada sebatian tidak berwarna dan tidak berbau itu meningkatkan 'risiko kanser sel darah putih'.

Mohideen sehubungan itu berkata, pengguna perlu mengelak daripada mengambil rempah yang diimport dari India sehingga pihak berkuasa dapat memastikan ia selamat untuk dimakan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037378 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list