View: 6687|Reply: 0
|
Vettel tolak dakwaan kembali ke F1
[Copy link]
|
|
VETTEL ketika bersama Aston Martin, pasukan terakhirnya sebelum meninggalkan F1. -FOTO AFP
London: Sebastian Vettel mengakui berada di Imola membuatnya merindui untuk berada di grid Formula 1 bersama sebuah "kenderaan yang kompetitif" tetapi menolak kemungkinan untuk kembali.
Vettel bersara dari F1 pada akhir 2022 sebagai juara dunia empat kali, walaupun dia kembali memandu di Imola untuk memberi penghormatan istimewa kepada Ayrton Senna dan Roland Ratzenberger sempena ulang tahun ke-30 kematian tragis mereka di litar itu.
Vettel memandu McLaren MP4/8 yang Senna gunakan untuk kemenangan ke-41 dan terakhirnya.
Ditanya bagaimana keadaannya ketika ini Vettel menjawab: "Saya baik. Saya menikmati masa saya, terutamanya dengan anak-anak.
"Jelas sekali, saya merindui F1 pada hari-hari seperti ini apabila matahari terbenam, orang ramai di sini, kawasan penonton penuh. Saya ingin berada dalam kereta yang kompetitif dan berada di grid."
Pada ketika itu, Vettel ditanya sekali lagi adakah itu bermakna dia akan kembali, namun dia segera menepis dakwaan itu.
"Ia tidak kelihatan seperti itu," katanya.
"Kerana saya fikir saya mempunyai cara yang sangat berbeza untuk melakukan sesuatu."
Tetapi apabila ditanya sama ada dia merindui F1 dan ingin mencuba lagi, Vettel menjawab: "Terdapat banyak perkara yang saya rindukan, ya, tetapi juga terdapat perkara yang tidak seperti yang anda jangkakan.
"Ia adalah keputusan yang sangat sukar. Ia masih menyakitkan. Selepas setahun setengah, saya fikir saya sangat tenang selepas mengambil keputusan itu dan menikmati kehidupan baru saya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kwaan-kembali-ke-f1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|