CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11151|Reply: 0

Masa depan Liverpool cerah - Klopp

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp meraikan perlawanan terakhirnya bersama kelab itu di Anfield, Liverpool. - Foto AFP


LIVERPOOL: Selepas wisel penamat perlawanan terakhirnya bersama Liverpool, Jurgen Klopp menggesa penyokong setia di Anfield meraikan saat itu sambil mengharapkan masa depan lebih gemilang.

Pengendali dari Jerman itu memberi ucapan terakhirnya buat penyokong di Anfield selepas kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers (jaringan Alexis Mac Allister dan Jarell Quansah) pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, malah turut memimpin nyanyian untuk menyambut kedatangan penggantinya, Arne Slot.

"Perubahan adalah bagus. Ia di luar jangkaan, tetapi jika melakukannya dengan sikap yang betul, semua akan baik-baik belaka.

"Apa yang saya mahu anda nyanyikan: 'Arne Slot! Na, na, na, na, na!'" kata Klopp, disusuli nyanyian penyokong.


Bagi Klopp, hari terakhirnya terasa seperti hari pertama di Anfield kerana pasukan bermain dengan penuh kesungguhan dan keazaman.

"Ia tidak terasa seperti penamat. Rasa seperti baru bermula, kerana saya lihat hari ini sebuah pasukan bola sepak yang berbakat, muda, kreatif, penuh keazaman dan kesungguhan.

"Kelab ini berada dalam keadaan lebih baik selepas sekian lama. Kita mempunyai stadium hebat ini, pusat latihan dan anda - kuasa hebat bola sepak dunia," katanya.

Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tempat ketiga pada 82 mata, sembilan mata di belakang juara, Manchester City selepas siri keputusan mengecewakan bulan lalu.

Klopp meninggalkan Anfield dengan 305 kemenangan, termasuk penentuan penalti, sejak menyertai The Reds pada tahun 2015, dan memenangi tujuh trofi termasuk Liga Juara-Juara Eropah 2019 dan gelaran Liga Perdana Inggeris pertama mereka dalam tempoh tiga dekad pada tahun 2020.

Klopp mengakhiri perjalanannya di Anfield dengan berlari mengelilingi padang sambil memakai baju yang memaparkan tulisan: "Saya tidak akan berjalan sendirian lagi." - REUTERS.
https://www.bharian.com.my/sukan ... verpool-cerah-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.459411 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list