View: 6264|Reply: 0
|
[Kelantan]
Gempar 30 pelajar diserang histeria
[Copy link]
|
|
Keadaan surau sebuah sekolah menengah di sini yang juga lokasi 30 pelajar diserang histeria malam tadi kelihatan suram. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Tumpat: Sebuah sekolah di sini gempar apabila kira-kira 30 pelajarnya diserang histeria malam tadi.
Mangsa yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di asrama meracau dan menjerit ketika berada di surau sekolah sekitar jam 8.30 malam.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Saleha, 20-an, berkata, dia yang berada di rumahnya di hadapan sekolah terkejut mendengar bunyi jeritan dan segera keluar untuk mengetahui dari mana suara itu datang.
"Dari luar pagar sekolah saya melihat keadaan agak kelam kabut dengan suara jeritan pelajar yang tidak sedarkan diri dan ada juga yang mengadu sakit.
"Sepupu saya yang juga pelajar sekolah itu dan berada di lokasi ketika kejadian berkata, mereka semua berada di surau dan baru selesai mengaji al-Quran sebelum bekalan elektrik tiba-tiba terputus seketika.
"Tiba-tiba seorang pelajar menjerit dan disusuli seorang demi seorang malah mereka seakan dirasuk menyebabkan pihak sekolah segera membawa semua mangsa keluar dari surau menuju ke tempat lapang," katanya ketika ditemui di sini.
Saleha berkata, pelajar yang diserang histeria ditenangkan ustaz dari sekolah terbabit serta beberapa pengamal perubatan Islam yang datang.
Menurutnya lagi, keadaan kembali tenang selepas hampir tiga jam dan semua pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku dan seingat saya kali terakhir adalah empat tahun lalu iaitu sewaktu saya bersekolah di sana.
"Saya difahamkan ada beberapa lokasi 'keras' di sekolah itu dan boleh dikatakan kami sudah lali dengan kejadian histeria yang menyerang pelajar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-diserang-histeria |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|