View: 3703|Reply: 0
|
[Terengganu]
5 pam bergerak untuk kawal kebakaran, kawasan pertanian
[Copy link]
|
|
Pam bergerak yang dipasang Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu untuk bantuan operasi pemadaman dan pertanian. FOTO IHSAN JPS TERENGGANU
Kuala Terengganu: Lima pam bergerak ditempatkan di lokasi kebakaran dan kawasan pertanian di Besut, Setiu dan Dungun, yang terjejas akibat cuaca panas ketika ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Hanizan Deraman berkata, ia membabitkan dua pam bergerak yang ditempatkan untuk membantu operasi pemadaman Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala tiga lagi digunakan untuk bantuan pertanian.
Beliau berkata, pam berkapasiti lima cusec (kaki padu sesaat) dan tiga cusec itu ditempatkan di kawasan terjejas secara berperingkat, sejak 15 Mac lalu.
"Bagi bantuan pengairan padi, ia ditempatkan di Skim Pengairan Gong Machang, Besut; Skim Pengairan Jelapang, Setiu serta satu lagi (untuk) bantuan pertanian Jelapang, Setiu.
"Kita menempatkan pam bergerak berkapasiti tiga cusec di Sungai Gombang, Batu 7 dan Kampung Tok Kah di Dungun, yang masing-masing dipasang pada 9 Mei dan 12 Mei lalu untuk operasi JBPM.
"Pam-pam bergerak ini dipasang untuk beri sokongan kepada JBPM mengawal kebakaran tanah gambut yang terkesan sepanjang musim kemarau ini," katanya ketika dihubungi.
Hanizan berkata, JPS Terengganu mempunyai 14 pam bergerak iaitu 11 pam bergerak berkapasiti lima cusec dan tiga lagi berkapasiti tiga cusec.
Katanya, kesemua pam itu kini ditempatkan di beberapa lokasi yang dikenal pasti berisiko seperti Dungun, Kuala Nerus dan Setiu, di samping ia akan dipasang berdasarkan berdasarkan permintaan semasa.
"Kita memang berada dalam keadaan siap siaga dan jika ada permintaan, kita akan pasang pam bergerak itu di lokasi terjejas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-kawasan-pertanian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|