CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2810|Reply: 0

[Terengganu] Kesal dua kali kedai dijadikan lokasi buang bayi

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis membawa bayi yang ditemui di sebuah kedai menjual ayam ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan PRDM

CHUKAI: Seorang peniaga di Jabur Kubur, di sini, kesal kerana kedainya dijadikan lokasi pembuangan bayi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata hari ini kali kedua kedainya dijadikan lokasi perbuatan tidak bertanggungjawab itu apabila seorang bayi lelaki yang sudah tanggal pusat ditinggalkan kesejukan ditemui sekitar jam 7.30 pagi.

"Ini adalah kejadian kali kedua di kedai saya. Tahun lalu seorang bayi perempuan dibuang di sini," katanya ketika ditemui hari ini.

Raja Mahidi berkata bayi itu ditemui seorang pemandu lori yang kebetulan hendak menghantar bekalan ayam ke kedainya kira-kira jam 7.30 pagi.


"Ketika memunggah bekalan ayam, pemandu lori terbabit terdengar bunyi seperti anak kucing sebelum menghampiri tempat penemuan itu.

"Dia (pemandu lori) sangat terkejut bila mendapati suara itu sebenarnya seorang bayi tanpa pakaian dan menggigil kesejukan," katanya.

Menurutnya, bayi yang sudah tertanggal tali pusat itu ditinggalkan di atas simen dengan dialas dengan dua helai pakaian.

"Sejurus tiba di kedai, saya ambil baju bersih dan membalut bayi terbabit bagi menghilangkan kesejukan yang dialaminya itu.

"Saya sangat sedih melihat bayi itu. Saya tidak faham apa perasaan mereka yang berbuat demikian yang tidak berhati perut," katanya.

Katanya, dia sanggup menjaga bayi itu sekiranya kedua ibu bapa bayi terbabit tidak mahu menjaganya dan perbuatan yang dilakukan pihak tidak bertanggung jawab itu sangat kejam dan menyakitkan hati.

"Selepas penemuan bayi perempuan itu, saya ada buat permohonan untuk hak penjagaan namun tidak berjaya mungkin belum rezeki saya," katanya yang sudah lama menunggu kehadiran zuriat keduanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata bayi terbabit dipercayai dilahirkan dalam tempoh seminggu sebelum dibuang di situ.

Menurutnya, bayi seberat kira-kira tiga kilogram itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan dilaporkan sihat.

"Kita juga akan menyiasat sama ada bayi ini dibuang oleh individu yang sama pada tahun lalu dan pihak kami meminta kerjasama klinik kerajaan dan swasta sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan anak supaya segera menghubungi polis," katanya.

Hanyan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-lokasi-buang-bayi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063741 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list