CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7827|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Separuh jalan runtuh selepas hujan lebat, 300 penduduk terjejas

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Kira-kira 300 penduduk di dua kampung mengalami kesukaran untuk bergerak selepas Jalan Rajawali, dekat Kampung Batu 3 Mambau, di sini, runtuh akibat hakisan, malam tadi.

SEREMBAN: Kira-kira 300 penduduk di dua kampung mengalami kesukaran untuk bergerak selepas Jalan Rajawali, dekat Kampung Batu 3 Mambau, di sini, runtuh akibat hakisan, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku selepas hujan lebat berterusan bermula jam 7 petang sehingga jam 9 malam menyebabkan air Sungai Linggi di tepi jalan berkenaan melimpah.

Penduduk, Adam Hussin, 63, berkata, sebahagian daripada jalan berkenaan runtuh dan terpaksa ditutup bagi laluan kerana dibimbangi runtuhan makin merebak dan membahayakan.

"Selepas Maghrib, air mulai naik dan kira-kira jam 8 sudah separas jalan. Jalan ini sedikit demi sedikit runtuh sehingga selebar kira-kira 2.5 meter iaitu separuh daripada jalan.


"Kami kemudiannya menghubungi pihak bomba dan polis serta wakil rakyat di sini sebelum dimaklumkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri. Pihak berkuasa tiba dan menutup jalan ini," katanya ketika ditemui.

Jelasnya, jalan itu adalah laluan utama menghubungkan Kampung Batu 3 Mambau dan Kampung Sri Rantau yang mana terdapat kira-kira 300 penduduk.

"Apabila ditutup, penduduk kedua-dua kampung terpaksa menggunakan jalan jauh untuk ke mana-mana lokasi. Ini juga laluan penting terutama bagi mereka yang keluar bekerja dan hantar anak ke sekolah.

"Jadi harapan kami supaya pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 3 Mambau.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 membuat pemantauan banjir di kawasan ini yang berlaku runtuhan jalan dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan air sungai yang deras.

"Pihak polis dari Balai Polis Mambau menutup jalan bagi memastikan keselamatan penduduk sementara menunggu penyelenggaraan dilakukan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... 0-penduduk-terjejas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051243 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list