CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6692|Reply: 0

[Selangor] 'Ini peluang berbakti'

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

AKMAL Nizam bersama adik beradiknya menjaga ibu mereka yang tidak dapat berjalan selepas diserang gout pada 2015.

Ampang: Kasih sayang Akmal Nizam Abd Wahab kepada ibunya, Khalijah Jakin tidak dapat disangkal lagi kerana setia menjaga syurganya itu yang kini uzur dan sudah tidak dapat berjalan.

Bukan hanya menjaga dan menguruskan malah Akmal Nizam, 32, juga sanggup mendukung ibunya yang berusia 69 tahun untuk bergerak sekalipun perlu naik dan turun dari tangga.

Ia dapat dilihat menerusi video dimuat naiknya di TikTok yang membuatkan ramai tersentuh melihat cara Akmal Nizam menyantuni ibunya.

Berkongsi kisahnya, Akmal Nizam berkata, ibunya tidak dapat berjalan selepas diserang gout pada 2015 dan pernah dibawa berubat termasuk menerusi kaedah tradisional namun belum diizinkan sembuh.


Sejak keadaannya begitu, Akmal menjaga ibunya namun tidak berseorangan tetapi bergilir-gilir dengan dua lagi abangnya.

Meskipun sibuk kerana terikat dengan komitmen sebagai pemandu peribadi dan sudah berumah tangga, Akmal Nizam akan memastikan dia ada masa dengan ibunya.

"Saya ada tiga adik beradik, saya yang bongsu, abang sulung tinggal di sebelah rumah emak di Ampang Tasik manakala yang kedua di Bukit Jalil.

"Emak pula tinggal berdua dengan ayah. Cuma ayah kini pun tak berapa sihat kerana diabetes.

"Waktu kerja saya bermula daripada jam 6 pagi hingga 6 petang jadi selepas pulang, saya akan singgah ke rumah emak biasanya sampai keesokan hari sebelum abang ambil alih tugas untuk jaga.

"Sabtu dan Ahad memang giliran saya jadi Jumaat malam itu saya sudah tidur di rumah emak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Akmal Nizam berkata, perasaan letih memang ada kerana sering berjaga malam hingga pagi dan ada ketikanya hanya sempat tidur sekejap saja di dalam kereta.

Bagaimanapun, Akmal Nizam cuba bersabar kerana menganggap ia kesempatan diberikan Allah SWT untuknya berbakti kepada orang tua.

"Memang mencabar dan perlu bersabar kerana balik kerja, belum hilang penat kena jaga emak.

"Bukan hanya jaga tapi uruskan makan minum dan bantu emak untuk cuci serta buang najisnya selain layan kehendaknya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya mampu lakukan hasil bantuan abang, isteri pun faham kerana saya sudah terus terang dengannya mengenai keadaan emak daripada awal walaupun dia kini hamil empat bulan," katanya.

Selagi ada kudrat dan hayat dikandung badan, Akmal Nizam akan terus menjaga ibunya dengan sehabis baik.

"Itulah tanggungjawab saya sebagai anak dan selain jaga, saya rakam juga video dengan emak serta muat naik di TikTok untuk simpan memori kerana ada dalam telefon dulu tapi pernah hilang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ni-peluang-berbakti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059720 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list