CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6001|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Naluri keibuan kuat'

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

FAUZIAH membawa Eshan Nufail dekat kepada Jahidah yang diuji ketika sedang mengandung apabila menjadi mangsa keganasan rumah tangga pada Mei 2021 yang menyebabkannya koma dan kini hanya terlantar. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Setiap ibu bapa semestinya mahu melihat anak mereka membesar dengan baik namun bagi wanita koma ini, dia hanya mampu 'melihat' anak dilahirkannya membesar di depan mata tanpa mampu membelainya.

Jahidah Nordin, 45, diuji ketika sedang mengandung apabila menjadi mangsa keganasan rumah tangga pada Mei 2021 yang menyebabkannya koma dan terlantar.

Namun dengan izin Allah, anak dikandung dalam keadaan koma dilahirkan dengan selamat, seolah petanda doa Jahidah mempunyai zuriat sendiri dimakbulkan.

Adiknya, Fauziah Nordin, 42, yang kini menjaga Jahidah dan bayinya yakin jika kakaknya dalam keadaan normal, wanita itu mampu menjadi ibu yang baik.


"Kak Jahidah memang mahu dapat anak secepat mungkin selepas berkahwin dan dia sudah siap membeli baju bayi. Ini menunjukkan yang dia betul-betul mahukan zuriat.

"Memandangkan kakak berkahwin agak lewat berbanding adik lain, dia juga pernah meluahkan kepada bapa kami yang dia mahu mempunyai anak sendiri kerana sebelum itu dia memang rapat dengan anak saudara.

"Naluri keibuannya itu memang sudah kuat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sri Sendayan di sini.

Fauziah berkata, selepas kira-kira tujuh bulan berkahwin, Jahidah berkongsi berita gembira kepada ahli keluarga memaklumkan yang sudah berbadan dua.

"Kami semua terkejut kerana dengan usianya yang mencecah 40-an, usaha dan doanya untuk mendapatkan anak dipermudahkan.

"Bagaimanapun, kira-kira seminggu selepas itu, kejadian itu berlaku kepada Kak Jahidah sehingga menyebabkan dia parah dan koma. Peristiwa ini berlaku ketika dia sedang mengandung.

"Sepanjang mengandung juga dia dalam keadaan koma sebelum sedarkan diri namun Kak Jahidah tidak mampu untuk bergerak, bercakap atau memberikan respon. Namun siapa tahu, dengan naluri ibu yang kuat, dengan kuasa tuhan, anaknya selamat dilahirkan," katanya.

Tambah Fauziah, sejak dari sekolah, kakaknya itu tinggal di asrama menyebabkannya pandai berdikari selain hasil kerjanya juga menunjukkan Jahidah seorang yang kemas.

"Jika lihat sikapnya terhadap anak saudara, cara dia bekerja, saya yakin dia akan jadi ibu yang baik kepada anaknya (Eshan Nufail, 2) sekiranya kakak hidup normal seperti orang lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan perubatan Jahidah boleh menyumbang melalui akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... naluri-keibuan-kuat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051505 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list