CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 0

[Tempatan] Kurangkan bahang cuaca panas , pemuda kacak siram air ke bumbung

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Faud menggunakan gayong dan tong memunggah air untuk menyiram bumbung kediamannya. - Foto NSTP/BAHAROM BAKAR



KUALA TERENGGANU: Bahang cuaca panas yang melanda negeri ini mendorong penduduk melakukan pelbagai cara bagi mengurangkan kesan kepanasan yang ternyata tidak menyelesakan.

Sebagai contoh, penduduk di Kampung Bukit Bayas, Muhammad Shafaruddin Baharuddin, 28, menyiram air ke atas bumbung rumah sebagai kaedah mengurangkan bahang di dalam rumah mereka.

Muhammad Shafaruddin berkata, cuaca panas yang melanda menyebabkan ada antara masyarakat terpaksa menggunakan kaedah menyiram air atas bumbung bagi mengurangkan kesan kepanasan dalam kediaman.

"Kita terpaksa menyiram air atas bumbung lima atau enam kali sehari, termasuk pada waktu malam bagi mengurangkan kesan kepanasan dalam rumah.

"Walaupun kita sudah memasang kipas siling dan dinding, tetapi bahang panas dalam kediaman kurang memberi kesan," katanya ketika menyiram air di atas bumbung kediamannya.

Cuaca panas yang melanda di seluruh negeri mencecah sehingga 33 darjah Celsius hari ini.

Muhammad Shafaruddin berkata, sudah menjadi rutin hariannya menyiram air di atas bumbung bagi mengurangkan bahang panas dalam rumah sejak cuaca panas melanda negeri ini.

Katanya, penyiraman air di atas bumbung terutama rumah batu antara kaedah terbaik dilakukan penduduk bagi mengurangkan bahang panas dalam kediaman.

"Kebanyakan penduduk yang kediaman tidak mempunyai pendingin hawa akan melakukan penyiraman air atas bumbung antara tiga dan enam kali sehari," katanya.

Mohd Faud Mat Hasaan, 19, pula berkata dia terpaksa menggunakan tong untuk mengambil air bagi menyiram bumbung rumahnya.

Katanya, penggunaan tong dan gayong terpaksa digunakan kerana kedudukan paip air jauh daripada bumbung di ruang tamu kediamannya.

"Tekanan air rendah dan kedudukan bumbung yang terlalu tinggi juga punca kita memunggah air menggunakan tong untuk menyiram di atas bumbung," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri meramalkan

cuaca lembap dijangka berterusan di seluruh negeri sehingga Ahad ini.

"Cuaca lembap berlaku selepas kali pertama hujan melanda di seluruh negeri ini semalam selepas fenomena cuaca panas berlaku sejak pertengahan bulan lalu.

"Berdasarkan rekod, keadaan cuaca lembap di kawasan perairan pedalaman berlaku pada sebelah pagi dengan kadar kelembapan yang rendah atau sederhana bermula hari ini hingga esok," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064167 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list