View: 5854|Reply: 24
|
[Tempatan]
Tarikh keputusan SPM 2023 mungkin diumum lebih awal- Menteri
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 10-5-2024 05:02 PM
Keputusan SPM bakal diumumkan pada 27 Mei
Oleh Azhar Shahrulnizam - Mei 9, 2024 @ 11:56am
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah, boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.
"Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.
"Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur," katanya.
KPM juga berkata, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang 2 Jun 2024.
"Calon juga boleh mendapatkan keputusan secara sistem pesanan ringkas (SMS). Untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
"Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024," katanya.
KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan SPM 2023.
"Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan," katanya.
Seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
BERITA BERKAITAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KPM tidak menolak kemungkinan pinda tarikh keputusan SPM
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - Mei 10, 2024 @ 12:31pm
bhnews@bh.com.my
Kah Woh ketika menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di Kamunting, di sini, sempena lawatan kerjanya ke tujuh sekolah sekitar bandar Taiping dan Kamunting. - Foto NSTP/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
TAIPING: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menolak kemungkinan meminda tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang sebelum ini diumumkan pada 27 Mei kepada satu tarikh yang lain.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata ia selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, khususnya dalam kalangan warga pendidik mengenai tarikh 27 Mei yang ditetapkan seperti kenyataan berhubung perkara itu yang dikeluarkan semalam.
Tanpa mengiya atau menafikan ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perubahan tarikh itu, Ahli Parlimen Taiping berkenaan sekadar memberi jawapan meminta supaya semua pihak menunggu sehingga kenyataan rasmi berkaitan isu itu dikeluarkan oleh KPM iaitu selepas meneliti segala pandangan.
"Selepas pengumuman itu (tarikh SPM), kita memang dengar ada pandangan-pandangan daripada semua pihak berkepentingan, termasuk warga pendidik, guru-guru kita. Seperti praktis KPM sebelum ini, apabila kita hendak merangka kurikulum, silibus atau melaksanakan sesuatu dasar baharu, maka kita mendengar pandangan daripada semua pihak.
"Untuk perkara berhubung pengumuman keputusan SPM ini, semua pandangan itu adalah dalam pertimbangan KPM dan sekiranya perlu, maka pihak KPM akan memberikan kenyataan rasmi mengenainya. Itu (kemungkinan perubahan tarikh) pihak KPM akan pertimbangkan dan kita akan memberikan pengumuman yang sewajarnya apabila tiba masanya.
"Kerajaan ini adalah kerajaan yang sudi mendengar, jadi apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor, maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan itu. (Jadi) berilah sedikit masa sebelum kami berikan satu keputusan ataupun kenyataan berhubung isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat di Kamunting sempena lawatan kerjanya ke tujuh sekolah sekitar bandar Taiping dan Kamunting di sini, hari ini.
Dalam lawatan itu, Kah Woh turut memgumumkan peruntukan RM300,000 yang disumbangkan Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan untuk tujuan penyelenggaraan, naik taraf dan baik pulih fasiliti serta infrastruktur tujuh sekolah yang dilawati itu.
Ia membabitkan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); Sekolah Menengah Kebangsaan (dua); Sekolah Kebangsaan (satu); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (dua) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (satu).
Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu KPM mengeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.
Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dilaporkan berkata, ini kerana guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.
"Jika mengikut kenyataan media KPM, keputusan akan dikeluarkan pada 27 Mei, kebanyakan guru-guru sudah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga guru sudah merancang percutian bersama keluarga masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun anak i baru form 4, tapi dengar budak nak ambik result spm, i yang berdebar. good luck semua calon spm 2023. semoga mendapat keputusan cemerlang sesuai target |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 9-5-2024 08:39 PM
Hmm cuti sekolah tu..cikgu cikgi awal2 dh beli flight tiket nk bercuti ke oberc..masakkk lah msg2.KPM skrg mmg x bincang dulu ke dgn cikgu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish tak sabarnya nak tgk sekolah mana perform kali ni.
Adakah intergomb mengekalkan prestasi cemerlang? Atau sekolah lain yang bakal mengambil alih |
|
|
|
|
|
|
|
Wau cepat plak rasa
Berapa la agaknya result anak buah emmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada spm cerah masa depan. Sekarang ada spm baru setaraf dengan bangla. |
|
|
|
|
|
|
|
alah SPM kan sekeping sijil je, amende nya nak gemuruh kan |
|
|
|
|
|
|
|
berdebar2 tunggu result |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah in advance acik ucapkan kat anak2 semua
nak pegi ambik result tu yg mana pegi sendiri
naik moto ke, hatta public transport ke
hati2 ye
mak ayah mana yg tak dpt nk teman tu pesan2 sokmo ye
|
|
|
|
|
|
|
|
domestobot replied at 10-5-2024 06:25 AM
alah SPM kan sekeping sijil je, amende nya nak gemuruh kan
Entah. Baru setaraf dengan bangla je pun. (Dari segi gaji kalau nak kerja) |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu cikgi mesti neves sama. Lenkali buat whatsapp group, jangan announce dulu kalau alih2 nak tunda ke tarikh lain. |
|
|
|
|
|
|
|
terpaling tak sabar nak announce .. pastu puji diri sendiri "kerajaan yang mendengar"
siapa2 yg jadi kerajaan mmg auto puji diri sendiri atas kesalahan sendiri yach |
|
|
|
|
|
|
|
umum 20hb mei bersamaan dengan hari isnin, seminggu sebelum tarikh asal (cuti sekolah 27 - 31.05.24) tak boleh ke
is there any problem klu awal seminggu
klu acik lah, delay2 ni tak tdo malam taw
gitu acah2 berangan nk ambik result spm
|
|
|
|
|
|
|
|
buat tarikh mcm xde otak
pastu tangguh plak
amende |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-5-2024 04:53 PM
umum 20hb mei bersamaan dengan hari isnin, seminggu sebelum tarikh asal (cuti sekolah 27 - 31.05.24) ...
23/5 dengar2 nya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah umum pas tu kensel. Apa justifikasi umum hari cuti sekolah. Janganlah terus angkat bakul kata kerajaan mendengar, for sure MOE officers ada sebab cadangkan hari cuti sekolah keputusan keluar. Dahla sekarang musim haji, orang sibuk nak ziarah bakal jemaah, lagi 2 minggu nak cuti, ibu bapa pun mungkin dah book hotel, tics semua.
Ce kabi kenapa pilih cuti sekolah… |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tukar pula. Isk deme ni tak reti ke mesyuarat dulu bincang elok2 baru announce |
|
|
|
|
|
|
|
Fadhlina tak layan kan permintaan korang nak awalkan result. Har. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah nye. Dah lah cuti sekolah makin pendek. Tak senang cikgu² nak pegi bercuti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|