CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4289|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan nafi harga makanan di kantin sekolah naik

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Dr Roslan ketika ditemui pemberita di Nilai semalam. Foto Mohd Amin Jalil

Nilai: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menafikan berlaku kenaikan harga makanan dan minuman di kantin sekolah di negeri itu ketika ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima aduan daripada ibu bapa atau sekolah berkaitan perkara berkenaan.

"Setakat ini, kita (JPNS) tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak, terutama ibu bapa berkaitan kenaikan harga makanan atau minuman di kantin sekolah.

"Pengusaha kantin sekolah tidak boleh sewenang-senangnya menaikkan harga kerana mereka perlu berbincang dengan kita terlebih dulu.


"Walaupun begitu, kita berharap pengusaha tidak membuat keputusan secara bersendirian untuk menaikkan harga," katanya ketika ditemui media, semalam.

Beliau diminta mengulas berkaitan surat bertarikh 3 Mei lalu yang dihantar oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada ibu bapa sebuah sekolah di Paroi, di sini, memaklumkan cadangan pengusaha kantin sekolah itu untuk menaikkan harga 50 sen ke atas semua jualan makanan berkuatkuasa 6 Mei lalu.

Surat berkenaan menyatakan, alasan pengusaha menaikkan harga disebabkan oleh kenaikan kos bahan asas, bahan mentah, gaji pekerja dan caj pengangkutan yang semakin meningkat.

Roslan berkata, sebenarnya, tiada isu berkaitan pihak kantin sekolah hendak menaikkan harga kerana harga bahan mentah di pasaran ketika ini dilihat stabil.

"Jadi tiada alasan yang kukuh jika pengusaha kantin hendak menaikkan harga, tambahan pula, sebarang kenaikan pasti akan membebankan ibu bapa," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan sebarang perubahan harga di kantin sekolah perlu dibincangkan serta mendapat persetujuan antara pihak sekolah dan pengusaha kantin.

Perkara itu terkandung dalam buku panduan dan perjanjian penyewaan kantin melalui surat arahan Pelaksanaan Pemantauan Berkala Pengoperasian Kantin Sekolah dan Peringatan Pelaksanaan Kendiri Kantin sekolah di bawah KPM.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-di-kantin-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058881 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list