CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6482|Reply: 0

[Johor] Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap,

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata, lelaki berusia 62 tahun itu membuat laporan polis di sini pada Ahad lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa pada Januari 2018 dia ditawarkan menyertai skim tersebut dengan kadar faedah yang baik oleh seorang wanita tempatan yang dipercayai berkhidmat sebagai pengurus sebuah institusi perbankan di Kuala Lumpur.

"Lelaki itu telah membuat bayaran menerusi cek berjumlah RM3.4 juta dari tempoh 3 April 2019 hingga 23 Mac 2023 atas nama sebuah institusi perbankan dan cek tersebut diserahkan kepada wanita itu di syarikat milik mangsa.


"Mangsa pernah menerima faedah simpanan berjumlah RM70,000 pada 2020 dan tidak mengesyaki apa-apa, namun mula curiga pada Januari lalu apabila wanita tersebut memberi pelbagai alasan ketika mangsa ingin mengeluarkan faedah yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kumar mangsa membuat semakan di institusi perbankan terbabit dan mendapati resit pembayaran yang diberikan wanita itu kepadanya merupakan resit palsu serta tiada simpanan tetap atas nama mangsa atau syarikat mangsa.

"Segala pembayaran yang dibuat oleh mangsa kepada wanita tersebut juga didapati telah dimasukkan ke dalam akaun individu lain," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... skim-simpanan-tetap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056742 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list