View: 7304|Reply: 4
|
Chris Hemsworth nafi hidap Alzheimer
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-05-at-21.28.30.jpeg)
Chris Hemsworth menafikan dirinya kini menderita penyakit Alzheimer.
PELAKON Chris Hemsworth menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya menghidap penyakit Alzheimer susulan keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan sebelum ini.
Khabar angin tersebut tercetus susulan Hemsworth pernah berkongsi kisah ahli keluarganya iaitu datuk dan bapanya sebagai penghidap Alzheimer yang sekali gus meletakkan dirinya berisiko mewarisi penyakit sama.
“Khabar angin tersebut benar-benar membuat saya kecewa. Semua itu berpunca daripada pendedahan hal keluarga kepada umum yang tidak sepatutnya berlaku.
“Saya bukan penghidap Alzheimer, malah penyakit itu tidak sepatutnya menjadi sebab dakwaan anda semua bahawa saya akan bersara sebagai pelakon,” katanya.
Sedar berisi menghidap Alzheimer, Hemsworth bagaimanapun mengakui ketakutan terbesarnya ialah jika tidak dapat mengingati kehidupan dan detik bahagia bersama isteri dan anak-anak.
“Pendapat bahawa saya tidak akan dapat mengingati kehidupan sendiri atau bersama isteri serta anak-anak saya.
“Itu mungkin ketakutan terbesar saya ketika ini,” ujar bintang yang sinonim watak Thor itu.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... fi-hidap-alzheimer/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ha? Dah bersara dr dunia lakonan ke? Aku br tau |
|
|
|
|
|
|
|
Heols ni kacak sungguh ya. Pelakon paling kacak di mata I ![](static/image/smiley/default/party0002.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lepas kene mention dengan shuringei trus dia alzheimer..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 6-5-2024 06:37 PM
Ha? Dah bersara dr dunia lakonan ke? Aku br tau
Belum.. Dia cuma nak berehat dari dunia seni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|