CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 0

[Jenayah] Bukit Aman saran BNM gubal peraturan berkaitan pelaburan emas

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. - NSTP/FOTO FAIL





KUALA LUMPUR: Nilai emas yang terus meningkat diambil kesempatan oleh sesetengah syarikat pelaburan dalam menarik orang ramai membuat pelaburan berasaskan logam berharga itu, namun kemudian berakhir dengan penipuan dan menyebabkan ramai kerugian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata emas dilihat sebagai aset yang stabil kerana nilainya terus meningkat, sekali gus menjanjikan keuntungan kepada pelabur.

"Mengambil kesempatan ini, banyak syarikat pelaburan dilihat mula menawarkan pelaburan berasaskan emas. Jika harga emas terus dalam trend menaik, maka ramai pelabur akan menjual untuk keuntungan dan pada masa sama, syarikat pelaburan tidak dapat memenuhi tebusan emas terbabit, sekali gus memberi kesan kepada pelabur.

"Melihat rekod siasatan dijalankan polis, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian kepada mangsa," katanya menyarankan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan peraturan memastikan semua syarikat pelaburan berasaskan logam berharga supaya berdaftar dengan bank pusat itu.

Katanya, polis melihat wujud keperluan mewujudkan satu mekanisme yang lebih mantap untuk memantau dan menyelia skim pelaburan, khususnya berkaitan emas bagi menjamin wang yang dilaburkan, sekali gus mengelak lebih banyak penipuan.

"Kebelakangan ini, pelaburan berasaskan emas mula jadi pilihan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan mata wang yang sedang melanda seluruh dunia," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.650327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list