CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Dunia] MERCY Malaysia bantu 200 keluarga di kem Al-Mawasi

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:25 PM | Show all posts |Read mode
MERCY Malaysia yang berada di Rafah, selatan Semenanjung Gaza berjaya mengedarkan bantuan makanan kepada 200 keluarga yang berpindah ke Kem Al-Mawasi. NSTP/Ihsan FB MERCY Malaysia





KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) yang berada di Rafah, selatan Semenanjung Gaza berjaya mengedarkan bantuan makanan kepada 200 keluarga yang berpindah ke Kem Al-Mawasi di situ.

MERCY Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook, semalam berkata konflik yang sedang berlangsung di Gaza menyebabkan krisis kekurangan makanan bagi penduduk Gaza.

"Serangan udara yang berterusan semakin memburukkan krisis ini. Sekatan yang menghalang akses kepada barangan penting juga menyumbang kepada situasi yang semakin kritikal ini.

"Pasukan MERCY Malaysia, yang beroperasi di bumi Rafah telah mengedarkan bantuan makanan kepada penduduk tempatan.

"Sejumlah 200 keluarga yang terpaksa berpindah ke kem Al-Mawasi, Rafah, telah menerima bantuan ini," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan untuk dana bantuan kemanusiaan penduduk Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB MERCY Malaysia 8000-7929-08 (Rujukan: Gaza).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045315 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list