Post Last Edit by hairilhafidz at 25-3-2011 23:38
Kunci Rumah Anda!
Salam. Mulai saat ini saya akan beri lebih dari 100 tips untuk anda semua. Moga lebih prihatin dalam hal menjaga keselamatan diri.
Bersama kita berdoa agar diri terhindar dari jadi mangsa.
Secara ringkas kajian telah menunjukkan bahawa jenayah berlaku begitu pantas sekali iaitu selama 1 hingga 20 saat. Anda tidak perlu leka dan mesti cepat-cepat ketika ingin buka pagar rumah dan sebagainya.
Kunci rumah anda terlalu banyak. Ada kunci utama dan lain-lainnya. Dalam keadaan gelap agak sukar untuk anda memilih kunci utama.
Tips ini saya dapati ketika 6 bulan yang lepas. Saya tiba dari Kg. Jam 1.30 a.m. Tiba di pagar rumah saya dapati ada 2 lelaki sedang menunggu di Bus Stop yang betul-betul berada di hadapan rumah.Saya minta isteri buka pagar cepat-cepat. Malangnya dalam keadaan panik lain pula jadinya. Lambat! Ini amat berbahaya apatah lagi saya tak tahu apa niat mereka lepak distu pagi-pagi buta.
Sambil stanby Pepper Spraysaya jangka untuk beri Gear Reverse jika ada apa-apa terjadi.
Baiklah, apapun pelan tindakkan biarlah lebih bijak dengan mengejar masa. Saya sarankan agar setiap anak kunci rumah dilekatkan padanya “reflector” supaya anda boleh membezakan setiap kunci itu.Lihat gambarajah di bawah :
Sekarang yang mana satu kunci utama. Ingat! Apapun cara kejarlah masa ye |