CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4286|Reply: 0

Hatrik Lewandowski benam Valencia

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

LEWANDOWSKI menjaringkan gol keempat menerusi sepakan percuma.

Barcelona: Penyerang Barcelona Robert Lewandowski meledak hatrik pada babak kedua untuk membantu pasukannya bangkit menewaskan Valencia 4-2 dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Dengan berbaki lima perlawanan, Barca kembali ke tangga kedua dengan 73 mata dan memintas Girona di tangga ketiga dengan 71 mata.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi derby Catalonia pada Sabtu ini yang boleh menentukan kedudukan dua teratas La Liga dan slot ke Piala Super Sepanyol.

Kemenangan Barcelona menangguhkan lagi hasrat Real Madrid yang mahu berpesta menjuarai liga selepas skuad Ancelotti selesa di puncak dengan 84 mata.


Valencia kekal di tangga kelapan dengan 47 mata, dua mata di belakang Real Betis dan empat mata di belakang Real Sociedad dalam perebutan tiket ke Eropah.

Gol pembukaan tuan rumah menerusi tandukan Fermin Lopez hasil hantaran Raphinha selepas 22 minit permainan.

Lewandowski menjaringkan gol juga hasil tandukan minit ke-49 dan 82 sebelum melengkapkan kemenangan bergaya hasil sepakan percuma pada masa tambahan manakala Valencia memperoleh gol menerusi Hugo Duro dan penalti Pepelu.

"Kemenangan yang tidak mudah. Pada babak pertama kami beri mereka banyak ruang," kata Lewandowski kepada DAZN.

"Tetapi paling penting kami adalah Barca dan kami tahu itu. Walaupun kami ketinggalan dua gol, kami mampu menjaringkan tiga dan empat gol.

"Kami tahu perlu beraksi dengan sabar pada babak kedua dan fokus kami selepas ini ialah Girona."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wski-benam-valencia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058288 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list