View: 1871|Reply: 9
|
Tak cukup pukul, wanita sembur kucing dengan air paip sampai menggigil… Pencinta si bulus jadi baran lepas tilam jadi ‘port’ kencing!
[Copy link]
|
|
MELIHAT keletah si bulus yang manja sudah cukup membuatkan pencinta haiwan itu berasa terhibur.
Namun kadangkala makhluk comel ini juga mampu mencabar kesabaran apabila membuat onar sehingga pemiliknya hilang punca.
Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang individu ini mengenai si bulusnya yang gemar 'memancut' merata-rata walaupun sudah disediakan kotak najis (litter box).
Menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan dia hilang sabar adalah apabila si bulus betina yang berusia empat bulan itu 'memancut' di atas tilamnya beberapa kali.
"Dia sangat manja dengan saya, pantang dengar suara dia akan melompat datang ke arah saya dan boleh terlena apabila saya pegang dia.
"Masalahnya sekarang, saya jadi fed-up sangat dengan isu kucing kencing atas katil saya.
"Tadi saya balik kerja nampak cadar basah, saya mengamuk... terus saya jentik dan pukul ia berkali-kali.
"Lepas tu saya bawa kucing ke dalam bilik air dan sembur dengan air paip. Menggigil-gigil saya tinggalkan dalam bilik air. Apabila fikir balik teruk baran saya, lepas tu saya rasa bersalah sangat-sangat," kongsinya dalam satu grup di Facebook.
Menurut individu itu lagi, berdasarkan pengalamannya yang pernah memelihara kucing lain sebelum ini, kejadian seumpamanya tidak pernah berlaku.
"Saya sentiasa bersihkan litter box, minimum tiga kali sehari. Jadi bukan alasan untuk dia tak masuk litter box sebab kotor," luahnya.
Disebabkan kerap kali insiden sedemikian berlaku, secara tidak langsung ia menjadikannya bersikap paranoid kerana was-was mengenai kebersihan rumah serta biliknya.
"Saya basuh cadar tiga kali, mop lantai berkali-kali sebab risau bilik saya jadi najis. Saya takut dengan kotoran.
"Kenapalah lepas saya bela kucing ni baru isu tu keluar. Saya pun dah beli kucing ni," kongsinya lagi.
Individu ini menambah, dia berada dalam dilema kerana menyayangi haiwan tersebut dan tidak sanggup melepaskannya ke tangan orang lain namun dalam masa yang sama tidak sanggup menghadapi tabiat buruk kucingnya itu.
"Jadi persoalannya, macam mana nak bagi kucing faham supaya jangan kencing atas katil saya lagi. Nak letak di luar (rumah), saya takut hilang," ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya tidak lokek berkongsi pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita tersebut.
"Caranya, letak dalam cage. Train dia kencing dalam pasir. Jangan keluarkan dari cage selagi dia kencing luar litter box.
"Kena kurung sekejap dalam sangkar. Biar dia biasa dengan pasir. Tilam tu kena basuh bersih-bersih atau terbalikkan. Hidung kucing ada bau, itu yang dia repeat membuang atas tilam.
"Kurung sajalah kalau awak pergi kerja. Sediakan sangkar yang selesa, ada litter box, ada makanan dan ada air," demikian komen netizen.
Katil sering kali menjadi salah satu tempat kegemaran kucing untuk tidur dan bermain. -Gambar hiasan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x mau bergelumang taik kencing bulu gugur brg kena cakar kutu kurap kaki gatal jgn bela kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Xsuka kotor² tp gigih bela kucing.
Contradicted ko ni dekk. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah lah kalau tak tahan, baik takyah bela kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Eh...Rasa nak report je betina ni. Siot lah pukul kucing lepastu siram air sampai kucing mengigil2. One of my rescue cats, macam ni la masa I memula amik, selalu kencing merata, bawa gi vet, dia ada UTI. Bagi antibiotics n anti-inflammatory meds, settle. Setan je betina ni. Seriously, tak layak bela apa2 binatang, jadi emak manusia lagi la tak layak. |
|
|
|
|
|
|
|
Momohizan replied at 17-6-2024 12:01 AM
Eh...Rasa nak report je betina ni. Siot lah pukul kucing lepastu siram air sampai kucing mengigil2. ...
Kannnn..bodo x blh di ajar |
|
|
|
|
|
|
|
rendangayam replied at 17-6-2024 11:56 AM
Kannnn..bodo x blh di ajar
Dah la bodoh...pastu flex kebodohan mintak simpati. Babix je betina tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade je moment yg kdang2 sis burnout jugak jaga si bulus.
Tp sesaat je.lepas tu sis sedar sblum api kemarahan meluap2.
Kena cepat sedar,kalau tak tu yg mcm2 kes jadi sbn hilang sabar.
Apapun sis syg anak sis aurora
|
|
|
|
|
|
|
| |
|