|
Musim luruh di bumi Sydney amat indah. Bayu yang bertiup dingin sekali namun mendamaikan. Daun-daun sudah mula bertukar warnanya.....kuning keperangan. Sesungguhnya negara 4 musim memberikan wajah yg berbeza2 utuk dinikmati. untuk dikagumi akan Kebesaran Kuasa yg MAHA ESA. Penciptanya.
Di sebuah bangku, menghadap tasik dingin itu, kelihatan seorang wanita melempar jauh pandangannya. Kosong.
"Hem....sudah empat tahun aku di sini. Musim berganti musim. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Namun apa yang aku cari sebenarnya?" Lyana Amira bermonolog. Sampai bila dia harus mengikut kata hatinya. Dia akui, 4 tahun yg lalu, dia terlalu naif. Terlalu mentah bila membuat keputusan. tanpe memikirkan perasaan ibunya, dia tekad utk bekerja di Sydney. waktu itu umurnya 26 tahun. Perasaan mengatasi pemikiran.
Dan akhirnya, dia tersadai di depan tasik dingin itu. Rindunya pada ibu dan keluarga di Melaka. Dia tidak tahu kenapa tiba2 dia menjadi terlalu sentimental. Dia bahagia sebenarnya dengan kehidupannya di sini. Hidupnya lebih tenang dan terurus. Dan dia juga belajar menjadi dewasa.
Lyana Amira bingkas bangun setelah dirasakan jemarinya mula kebas. Dia mula bergerak ke satu kiosk di taman itu utk membeli kopi yg boleh menghangatkan tubuhnya. Di hari minggu itu, agak ramai yg berjogging di Hyde Park utk memanaskan badan. Setelah membayar harga kopinya, Lyana Amira tidak sabar menghirup sambil berpusing.
" Dushhhh......"
" Am sorry sir! My mistake !" Lyana segera meminta maaf. Dikutipnya cawan kopi yg jatuh sebentar tadi.
" No..No...no worry lady. Its my mistake too....." Pemuda itu mula berkerut dahinya tatkala menatap wajah Lyana Amira.
" Asian? " tanya pemuda itu pada Lyana Amira
" Yes. To be exact, Malaysian." Lyana Amira tersenyum. Dia pasti pemuda di depannya orang Melayu.
" Saya Hanif. Syed Hanif. Dari KL. Tak sangka jumpa orang Mleayu di sini." hanif mula bicara. Lyana Amira hanya tersenyum.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Oh, ramai lagi org Melayu yg duduk kt Sydney ni En syed Hnaif. Lebih2 lagi di Randwick. Penuh dgn student dan Malaysian di sana. Kebetulan Encik Syed Hanif jumpa saya disini."
"Err,.....boleh tolong tak? "
" Tolong? tolong apa?
" tolong jangan panggil nama penuh saya. Rasa mcm dlm tentera pulak. Panggil aje Hanif"
Lyana Amira ketawa. Namun sebagai menghormati Syed Hanif. Dia mengangguk saja.
" abang! Abang! " kedengaran jeritan halus suara seorang gadis berlari2 anak ke arah mereka berdua.
' ha..tu isteri hanif dh panggil tuh" Lyana Amira senyum lagi.
" Isteri????" Hanif sudah tak dpt menahan perasaan. Dia ketawa berdekah2. Gadis yg baru tiba di sebelahnya hairan. Lyana Amira lagi lah hairan.
" Budak ni bukan isteri saya. Dia nih adik saya! Sharifah Hanida. Dik, kenalkan. ni Kak Lyana Amira. "
" Lyana Amira? Cantiknya nama. Nak panggil apa ye? Lyana atau Amira?" tanya Sharifah Hanida.
" panggil saja Kak Lyana. Apa kamu berdua buat disini? bercuti ke?'
" ye kak, bercuti. Ummi dan abah ada kat hotel. Kami stay di Novotel, dekat Draling Harbour. Kami nak jalan2, tp ummi dan abah, tak mau sbb sejuk. Tu yg kami jalan2 berdua."
Lyana Amira yg mendengar dua beradik itu ingin melihat2 bandar Sydney, menawarkan diri menjadi tourist guide tak bertauliah. Dia membawa mereka berjalan2 di sekitar Circular Quay melihat salah satu keajaiban di dunia, Opera House. melihat persmebahan aboriginal kaum asli australia), menaiki feri melalui jambatan Sydney. sehari suntuk dia membawa pelancongnya. hingga tak sedar sudah lewat petang. |
|
|
|
|
|
|
|
intro aja dan menarik.....sambung lagi pleaseeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas menghantar dua beradik tuh di hotel, Lyana Amira minta diri. Dia juga sudah penat. Apatah lagi esok sudah mula kerja. Dia harus mendapat rehat secukupnya. Wlauapun pengarahnya Mr. Brian seorang yang amat bertimbang rasa, Lyana tidak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan Mr Brian.
Usai mandi dan makan malam, Lyana Amira tersenyum sendirian mengingatkan keletah dua beradik tadi. Sharifah Hanida keletah dan periang orangnya. Berlainan dengan Syed Hanif. Syed Hanif! Lyana Amira perasan renungan mata Syed Hanif lebih banyak berbicara dari mulutnya. Sesekali dia teringatkan bila pandangan mata mereka bersatu. Dari amatan Lyana Amira, Syed Hanif mungkin tua setahun dua dari dirinya. Atau mungkin boleh jadi sebaya.
Leka melayan perasaan, Lyana Amira tertidur akhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
" Hai bang, tak boleh tido ke ?" usik Sharifah Hanida bila melihatkan Syed Hanif termenung di tepi tingkap.
" Tak boleh tido? kenapa? tak sihat ke Nif ? " Hajjah Sharifah Juhara menyampuk.
" Takde la ummi, Nif saje....."
" Abang teringat dkt Kak Lyana ummi...opppss!" Sharifah Hanida menekup mulut. tersedar akan ketelanjurannya. Mati lah aku lepas ni.
" Kak Lyana? siapa? ummi tak tau pun hanif ada kawan di sini. hanif, hanida, cuba terus terang. Jgn tipu Ummi."
Syed Hanif mengetap gigi. Geram betul dia dengan Sharifah Hanida. Tak reti nak zip mulut sikit. Mcm bertih goreng. Kan dah kantoi. Sharifah hanida lalu menceritakan detik perkenalan mereka dengan Lyana Amira sambil tersengih2. Menyedari yang dia bakal di 'debik' oleh abangnya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya, Syed hanif ke Hyde Park lagi. Dia ingin menemui Lyana Amira. Lama dia menunggu. Hampir setengah jam. Dia jadi bosan. Ahh...bukan salah Lyana. Mereka tidak berjanji untuk berjumpa lagi. Namun dia tidak boleh lupakan Lyana amira. ada sesuatu yg tersembunyi di sebalik wajah redup itu. Syed Hanif juga perasan, Lyana Amira amat berhati2 dlam bercerita kisah dirinya. Lyana Amira juga lebih banyak mengelak bila ditanya perihal dirinya dan asalnya di tanahair.
Bosan disitu, Hanif mengambil keputusan utk ke Sydney Central. Dia mahu mencari cenderahati utk rakan2 dipejabat dan teman baiknya Azlan. Semalam Lyana amira ada beritahu, di Sydney central atau di Paddy's Market tempat utk beli belah. Syed Hanif segera menaiki bas ke Circular Quay. |
|
|
|
|
|
|
|
keluar dari Sydney cenytral, jam menunjukkan sudah 1.30 tgahri. Perut Syed Hanif mula berkeroncong. hendak mencari resoran halal amatlah payah. Kalau ada pun makanan laut, harga nya saja boleh buat mata terbuntang seketika. Syed Hanif mula melilau mencari2 kalau ada restoran pakistan yg menjual kebab. namun hampa. Dia menyusur lagi, akhirnya dia ternampak restoran pakistan di seberang jalan. Hatinya lega.
walaupun agak mahal, namun itulah yg biasa terjadi, kalau di luar negeri, makanan halal mmg agak mahal. Syed Hanif mengambil tenmpat duduk di tepi tingkap. Sedang asyik dia menikmati sish kebab, dia terpandangkan kelibat Lyana Amira.
Dia mengucapkan syukur, kerana Allah swt makbulkan doakannya untuk berjumpa lagi dgn Lyana Amira. Di tinggalkan sekejap makanannya, berlari keluar menjerit nama Lyana amira.
Lyana Amira tersentak. tidak menyangjka yang dia akan berjumpa lagi dengan Syed Hanif. Lyana amira menitipkan pesan pada Carol agar memberitahu Mr Brian, yang dia akan lewat masuk setengah jam. |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kisah hidup liyana ada kaitan dengan azlan ? |
|
|
|
|
|
|
|
welkam bek monik...
congtraz..ade cite baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...best...besst....sambung lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
yes ! citer baru .cepat-cepat sambung ya ! |
|
|
|
|
|
|
|
haii..semua....nanti monik masukkan n3 ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Monik.... bestnya cite nie... sambung lagi ye..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah dua minggu Syed hanif dan keluarganya pulang ke tanah air. namun begitu, hubungan antara Lyana Amira dengan Syed hanif juga Sharifah Hanida, tidak putus di situ saja. Dengan kecangihhan teknologi zaman sekarang, dia boleh berhubung dua pulh empat jam dengan mereka. Jalinan persahabatan yg terjalin membuatkan Lyana Amira di gamit utk pulang ke tanahair. Namun, pedih hatinya masih terasa. Kenangan empat tahun lalu masih berbekas di hatinya. Ntah bila akan sembuh.
Dia mengeluarkan album gambar dr almari. satu2nya album gambar kenangan yg dibawa dr Melaka. Satu2 diselak. Melihat akan wajah ibunya, hati Lyana di pagut rindu. Jauh di dalam terasa kasihnya ibu, hingga sanggup nelepaskan anaknya merantau jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Lyana merajuk ngan siapa nie????? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau sangat kenapa erkkk LYANA nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya rajuk Lyana???? Puts kasih ke?
Tak sabar nak tunggu sambungan dari monik........ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|