LANGKAWI: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa pesakit dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, semalam.
Bayi perempuan berusia tiga tahun 10 bulan yang tidak sedarkan diri itu, mengalami kecederaan 'post cardiac arrest secondary to submersion injury' dan perlu menjalani pemerhatian serta rawatan rapi segera di HSB.
JBPM dalam kenyataannya malam tadi, memaklumkan ketika penerbangan dilakukan, pesakit terbabit yang diiringi seorang pengiring.
"Penerbangan menggunakan pesawat Mi-17-IV dikendalikan juruterbang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azuna Mohamed Sabri dan pembantunya, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Faizal Abd Latiff.
Sepanjang operasi pemindahan pesakit terbabit, bayi berkenaan dipantau empat petugas perubatan dari HSM termasuk doktor, jururawat dan pembantu perubatan.