View: 836|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kupang Port Dickson masih bertoksin, tidak selamat dimakan
[Copy link]
|
|
Kupang dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, di sini, masih dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan. - Gambar hiasan.
SEREMBAN – Sampel ketiga kupang dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, di sini, masih dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, hasil analisis di Makmal Biosekuriti Kuala Lumpur pada sampel ketiga itu masih terdapat biotoksin melebihi dari kadar yang selamat.
“Oleh itu larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (Dwicenkerang) masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
“Sampel ke 4 (kupang dan air) telah diambil sekali lagi di perairan Port Dickson dan telah dihantar ke Makmal Biosekuriti Kuala Lumpur semalam dan dijangka keputusan analisis makmal akan diketahui pada 26 April ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Pada 4 April lalu, media melaporkan hasil analisis yang dijalankan mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium serta Pseudonitzschia.
Media sebelum ini melaporkan, lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami keracunan akibat memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar daerah Port Dickson. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ak-selamat-dimakan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|