CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17713|Reply: 0

[Sabah] Lapan pos imbangan tentera di Sabah, Sarawak siap tahun ini

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode


Muhammad Hafizuddeain (tiga, kiri) bersalaman dengan anggota 2 Renjer sewaktu tiba untuk lawatan ke kawasan operasi Op Pasir di Pos Pulau Jambongan semalam.-Gambar BERNAMA

SANDAKAN: Sebanyak lapan pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah dan Sarawak yang bakal meningkatkan tahap kawalan di sempadan negara dijangka siap tahun ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata pembinaan pos imbangan itu membabitkan dua pos di Sabah dan enam di Sarawak.
“Ketika ini bilangan pos imbangan sedia ada sebanyak 23 pos iaitu sembilan pos di sempadan Sabah dan 14 di Sarawak.

“Pos-pos imbangan yang masih dalam pembinaan di Sabah ialah Pos Felda Selatan, Kalabakan dan Pos Tambulanan, Tawau,” katanya dalam satu kenyataan sempena lawatan ke Sabah semalam.

Muhammad Hafizuddeain berkata enam pos imbangan dalam pembinaan di Sarawak pula ialah Pos Kandaei 2, Lundu, Pos Meliki, Serian, Pos Tong Nibong, Serian, Pos Nanga San, Sri Aman, Pos Ensawang, Sri Aman dan Pos Pa'dalih, Miri.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat rancangan bagi membina pos sempadan baharu iaitu Pos Ladang Brantian di Tawau, Sabah serta Pos Long Singut di Kapit, Sarawak.

Di samping itu, Tentera Darat juga akan menggunakan pelbagai teknologi terkini seperti dron dan sistem komunikasi satelit dalam usaha mengawasi keselamatan negara.

“Kertas Putih Pertahanan juga menyatakan Malaysia akan menggunakan teknologi moden seperti kecerdasan buatan, dron dan termasuk teknologi pengawasan terkini sebagai force multiplier untuk melengkapi keupayaan aset serta sumber anggota.

“Selain itu, hasil pengawasan garis sempadan yang efektif sehingga semalam, Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat menerusi Operasi Awas atau Keris Parang dan Operasi Jagawakan di Sarawak serta Operasi Balasah di Sabah, telah mencatatkan pelbagai kejayaan termasuk pengusiran dan rampasan barangan bernilai RM908,731.75,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain ketika ditemui pemberita di Pulau Berhala di sini berkata pihaknya sentiasa akur dengan sebarang pendirian kerajaan terhadap isu membabitkan Palestin dan Tentera Darat bersedia jika diperlukan dalam memberi bantuan kemanusiaan misalnya seperti membentuk hospital medan.

“Anggota kita sentiasa bersiap sedia untuk membantu, kerana sudah menjadi sekunder kita melakukan tugas sampingan dalam apa juga keadaan termasuk ketika bencana alam,”katanya.-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.202557 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list