View: 9592|Reply: 0
|
[Kedah]
Sultan Kedah berangkat ke majlis Aidilfitri
[Copy link]
|
|
Sultan Sallehuddin beramah mesra bersama Ahmad Zaini dan Farrah Naz pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Anak Bukit, hari ini. - FotoNSTP/M Hifzuddin
ALOR SETAR: Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Tuanku Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.
Turut berangkat Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Norizan Khazali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Kemeriahan majlis sambutan Aidilfitri berkenaan dapat dirasai apabila dihadiri ramai barisan pegawai pentadbiran negeri termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut bersama pada majlis itu Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin.
Pada majlis itu, semua tetamu berpeluang beramah mesra bersama Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha serta keluarga diraja lain sambil menikmati juadah khas Aidilfitri yang disediakan.
Selain menikmati hidangan yang disajikan, tetamu turut dihiburkan dendangan lagu Aidilfitri yang dinyanyikan secara langsung.
Turut diraikan adalah pegawai kanan yang berkhidmat di peringkat negeri dan Persekutuan selain pengamal media tempatan yang mewakili Kelab Media Elit Kedah (KMEK).
https://www.bharian.com.my/berit ... e-majlis-aidilfitri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|