CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60849|Reply: 568

Ziana Zain Bidas Dato Sri Siti Nurhaliza : Jangan Bermimpi Nak Jadi Biduanita Ketiga. Anda Junior. Anda Tidak Layak Sebab Hanya Menyanyi Sahaja. Kalau Saya Tidak Layak, Anda Lebih Tak Layak.

[Copy link]
Post time 20-4-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by danieladam at 20-4-2024 08:03 AM

Ziana menyifatkan gelaran Biduanita Negara sangat besar ertinya, malah dianggap pencapaian tertinggi tokoh seni.

Ziana Zain menganggap tokoh layak bergelar Biduanita Negara ketiga selepas Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini mestilah dalam kalangan bintang 'senior' yang sudah berbakti kepada dunia seni tanah air sekurang-kurangnya bagi tempoh lima dekad.

Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 56, menyifatkan gelaran Biduanita Negara sangat besar ertinya, malah dianggap pencapaian tertinggi tokoh seni.

"Justeru, saya melihat tokoh yang layak menerima gelaran Biduanita Negara ketiga mestilah seseorang yang serba boleh, iaitu pembabitannya merangkumi industri nyanyian, perfileman dan pengacaraan," katanya pada sidang media sempena Konsert Ziana Zain 2024 di sini, malam tadi.

Topik siapa layak digelar Biduanita Negara ketiga menjadi hangat apabila peminat mencadangkan gelaran itu diberi kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, bulan lalu.

Rentetan itu, ciapan dilayangkan di aplikasi X meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga peminat Siti, membantu menunaikan hasrat peminat Siti.

Lebih mengejutkan, ciapan itu mendapat reaksi positif Fahmi dan beliau dilapor menyebut perbincangan dalaman mengenai perkara itu sudah dibuat.

Selain Siti, Datuk Sheila Majid dan Ziana juga disebut-sebut antara bintang layak diberi gelaran Biduanita Negara. Gelaran Biduanita Negara setakat ini hanya diberi kepada Allahyarham Saloma dan Allahyarham Sharifah Aini.

Ziana berkata, dirinya belum layak bergelar Biduanita Negara ketiga.

"Saya baru 35 tahun dalam dunia seni, belum 50 tahun pun. Masih ada ramai lagi 'senior' yang lebih layak mendapat gelaran Biduanita Negara ketiga," katanya.

Ziana berkata, industri seni masih belum ketandusan artis 'senior' yang layak bergelar Biduanita Negara. Namun, disebabkan kurang pendedahan, nama bintang terbabit tidak didendang.

"Kita ada ramai artis 'senior' yang layak dan mereka sangat bekerja keras. Cuma kurang diberi pendedahan menyebabkan orang tidak nampak usaha mereka.

'Saya faham setiap peminat mahu artis kesayangan mereka diberi gelaran itu. Tetapi, mereka kena faham makna gelaran Biduanita Negara.

"Biarlah penilaian untuk gelaran itu dibuat mereka yang lebih arif. Allahyarham Sharifah Aini adalah contoh terbaik kerana arwah tiada tolok bandingnya.

"Beliau dapat gelaran itu ketika usianya mencecah separuh abad. Lagipun, Allahyarham Sharifah Aini cebur diri dalam bidang seni ketika usianya masih remaja. Jadi, lebih baik kita bagi kepada artis yang layak.

"Tiada yang lama, tiada yang baharu. Mereka inilah yang beri kita semangat dan inspirasi untuk menjadi lebih baik," katanya.

P/S - Terserlah apa yang terpendam sekian lama dan terbuku di dada. Tp boleh tahan ke laut juga pemahaman dia pasal industri hiburan ye. Jenis tak study sejarah Saloma dan Sharifah Aini. Rasa Aishah dan Ramlah Ram lebih tinggi kedudukan nya berbanding Ziana. Tp tiga² nya rasa tak melebihi pencapaian Tok Ti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu ada forumer sekolah kan ai.. bagi info Tok T selayaknya biduanita.
Ada beza biduanita dgn seniwati... katanya.
Ai iya kan ajalah sbb tak tahu pun beza hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry nek jenna nyanyi pun semput.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Salamiah hasan ke apa nama dia makcik tu...boleh ke?rsnya dah 60 ke 70an kan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:40 AM | Show all posts
aik mcm jelez je nek jenna nih , psai nma tak dicalonkan ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la pencalonan nye dikalangan artis sendiri kalau nk angkat gelaran seseorang tu biar org drpd bidangnya. Betuiii jugak kata acik ziana ni. Peminat ofkos nk idolat dia.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa lagik layak? Perlu ke dah kertu baru layak? Kau sah2 la tak layak, suara dah rosak. Siti tu walaupun baru 40an, sebab pencapaian cemerlang dia dalam bidang nyanyian, layak ja. Dah la hada aura bila nyanyi atas pentas, hampir suma genre lagu dia boleh bawak. Hapa lagi tak layak? (Tetiba bekap Siti).
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut betul la kelayakan kan, bagi aku, Saloma pun tak layak. Dia dapat gelaran tu sebab dia wife P. Ramlee ja. Sharifah Aini pun, hmmmmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Setujuk dgn kak gee psl si pencaraz bernombor tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2024 08:47 AM
Sapa lagik layak? Perlu ke dah kertu baru layak? Kau sah2 la tak layak, suara dah rosak. Siti tu wal ...

kan chuols...aiols bkn fan ct tp rase sheols paling layak skrg nie...xde sape kot bleh celen fenomena ct dlu..smpai skrg still relevan ct ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xsuka tok ti..tp kau orang sma xleh nafikan pencapaian dia mcm mana..walau dia tak berlakon sma tuh..tp merata dia bertanding sma tuh...calon in the future...mek amzah....walau korang benci diaorg sb diaorg itu ini, tp korang xleh nafikan pencapaian dan sejauh mana diaorg pergi di mata dunia...even diaorg ni pergi lebih jauhhhh....dan xlupakan msia yaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:26 AM | Show all posts
meols tak rasa ada lagi artis senior yang punya pencapaian secemerlang ctdk. Kalau nak kata zz, kak melah, jac dan mungkin nama lain, bila masa je diorang buat konsert back to back dalam setahun? Orang pun tak kuasa nak beli repeat.

masalahnya, pencapaian saloma dengan kak pah tu sama level dengan ctdk ke? berlainan zaman, berlainanlah penilaiannya.

btw, tu pendapat kak zz lah, so sukati dialah nak cakap apa kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2024 08:49 AM
Kalau ikut betul la kelayakan kan, bagi aku, Saloma pun tak layak. Dia dapat gelaran tu sebab dia wi ...

Ai rasa layak je dua2 tu if berdasarkan pencapaian dan coverage setakat zaman tu. Dulu kala kira dah habis hebat lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang tajuk thread.

Biduanita negara tu bukan utk penyanyi je ke?
Kena ade berlakon dan mengacara jugak ye. Sbb kalau menyanyi je dan gelaran tu utk penyanyi mmg layak je siti dpt. Pendapat akulah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2024 08:49 AM
Kalau ikut betul la kelayakan kan, bagi aku, Saloma pun tak layak. Dia dapat gelaran tu sebab dia wi ...

Kan. Saloma tu lagi lah sendu. Tapi sebab dah takda sapa zaman dia tu so bagi jelah. Takde lah cemerlang mana Saloma. Rezeki dia kawen dengan p.ramli lepastu dia takda saingan.
Siti ni walaupun menyanyi je tapi dia dari zaman remaja sampai sekarang tak pernah sendu. Sentiasa perform. Acik Ziana bunyi macam jeles. Nak tunggu 50 tahun dalam industri alamakkk mati dulu la..CT lagi 20 tahun baru ngam 50 tahun jadi retis kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 20-4-2024 08:27 AM
Salamiah hasan ke apa nama dia makcik tu...boleh ke?rsnya dah 60 ke 70an kan dia?

Tak layak sbb dia tak menyerlah langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2024 08:47 AM
Sapa lagik layak? Perlu ke dah kertu baru layak? Kau sah2 la tak layak, suara dah rosak. Siti tu wal ...

Setuju. Mana ada artis lain yg lebih menyerlah dari Tokti?  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:42 AM | Show all posts
Iolls idok lerrr fans Tok Ti. Tapi tidak dinafikan, Tok Ti cemerlang dalam industri nyanyian tanah air. Mencalonkan Tok Ti sebagai Biduanita ke-3 negara, rasanya tak jadi masalah. Lagi pon anugerah biduanita ni Papita yg bagi, bukan Skop Production yg bagi Nek Jenna oii. Sebab tu takde nak count artis tu serba boleh semua bidang dia sebat utk jadikan diri deyols biduanita. Khas nyanyian je biduanita ni. Nek Jenna acah2 lama dlm industri takkan laaaa tak tau maksud biduanita. Arwah Saloma & Kak Pah mmg penyanyi asal2 nya. Terjun berlakon pon tak bnyk, sbb deyols menjadikan nyanyian bidang utama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:51 AM | Show all posts
tulip-rain replied at 20-4-2024 09:35 AM
Panjang tajuk thread.

Biduanita negara tu bukan utk penyanyi je ke?

maksud perkataan biduan/biduanita tu sendiri penyanyi, motip kena berlakon mengacara jugak? main hembus je nek ziana ni

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:53 AM | Show all posts
iols tak minat tokti, tapi iols setuju je dia dapat anugerah biduanita negara. siapa je yang seangkatan dia (read 90-an) yang ada pencapaian macam tu? bakat sheols diakui bukan di Malaysia je tapi Singapore, Indo, Brunei (sekadar menyebut beberapa negara tetangga). Di malaysia pun bukan bangsa Melayu je kenal sheols tapi bangsa lain jua. Tak kisahlah berapa lama nyanyi kalau pencapaiannya sudah segah itu dengan library yang cukup extensive jugak, selayaknya sheols dpt gelaran itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077870 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list