CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8188|Reply: 0

Real balas dendam kecewakan Man City

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Real Madrid bersorak kegembiraan selepas menewaskan Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti, awal pagi tadi. FOTO REUTERS

Manchester: Real Madrid membalas dendam ke atas Manchester City hasil kemenangan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Etihad, awal pagi tadi, sekali gus mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Rodrygo meletakkan pelawat di depan sebelum Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan itu dan kedudukan 4-4 secara agregat itu kekal sehingga tamat masa tambahan.

Bagaimanapun, impian City mempertahankan gelaran musnah apabila sepakan Bernardo Silva dan Mateo Kovacic diselamatkan penjaga gol Real, Andriy Lunin.

Penjaga gol Ukraine itu yang memikul watak utama musim ini berikutan kecederaan Thibaut Courtois, melakukan kesilapan ketika gol pembukaan City pada perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan 3-3 minggu lalu, tetapi menebus kesilapannya dengan aksi cemerlang.


City tidak tewas di tempat sendiri dalam kempen UCL sejak 2018, tetapi gagal menembusi benteng juara Eropah 14 kali itu sekalipun memiliki 34 percubaan ke arah gol.

"Memang cukup sukar. Mereka berterusan menguasai bola dan menggerakkan kami ke serata tempat. Banyak pasukan boleh musnah apabila City menguasai perlawanan, tetapi kami bertahan dengan baik," kata pemain tengah Real, Jude Bellingham.

"Hari ini, ia bergantung kepada kekuatan mental."

Real dibelasah 0-4 di Etihad, 11 bulan lalu yang menyaksikan anak buah Pep Guardiola muncul juara Eropah buat kali pertama.

City turut menang 4-3 pada perlawanan separuh akhir pertama mendebarkan dua tahun lalu, sebelum dikejutkan dengan gol lewat ketika kebangkitan Real di Madrid pada perlawanan timbal balik.

"Dalam sukan lain, kami sudah menang berdasarkan statistik, tetapi dalam bola sepak kesudahannya begini dan ia memang menarik," kata Guardiola.

"Tahniah kepada Real kerana kekentalan mereka bertahan dan kukuh sehingga akhir perlawanan, mereka memang menakjubkan. Kami gagal menjaringkan gol pada hantaran atau sentuhan terakhir.

"Saya tidak menyesal. Kami sentiasa mencuba untuk menambah jaringan dan mengelak daripada bolos dan kami melakukan segala-gala yang boleh."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kecewakan-man-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055625 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list