CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7515|Reply: 0

[Kelantan] Gali telaga tiub tidak jejas struktur tanah

[Copy link]
Post time 17-4-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin ketika sidang media selepas Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Penggunaan telaga tiub yang menjadi pilihan rakyat negeri ini akibat masalah bekalan air bersih tidak menjejaskan struktur tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah melakukan kajian, selain tiada kejadian mendapan tanah berlaku.

Menurutnya, kebimbangan itu wujud disebabkan terdapat aliran air di bawah tanah bagi penggalian serta pembinaan telaga tiub.

"Dari segi teori mungkin situasi (mendapan tanah) ini boleh berlaku, namun setakat ini kejadian tanah mendap disebablan penggalian telaga tiub belum berlaku.


"Sehingga kini terdapat 42 telaga tiub digunakan oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan sumber air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, kebanyakan punca air bawah tanah di negeri ini mempunyai kandungan semula jadi seperti ferum, magnesium dan klorin yang tinggi serta memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

"Kerajaan negeri kini sedang menilai semula keperluan peralihan penggunaan sumber air bawah tanah kepada sumber air daratan seperti sungai dan sebagainya.

"Kita sedang membuat kajian untuk mengetahui penggunaan sumber air mana lebih menjimatkan dan mudah diuruskan termasuk dalam aspek rawatan air," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi penggantian paip disebabkan paip asbestos lama tidak lagi kuat serta boleh pecah jika tekanan air ditingkatkan.

"Pihak kami sudah mengutarakan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peruntukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejas-struktur-tanah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list