CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3120|Reply: 0

Dortmund tamat penantian 11 tahun

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

FULLKRUG meraikan jaringannya membantu Dortmund menewaskan Atletico 4-2 awal pagi semalam. – AFP

DORTMUND – Borussia Dortmund mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri menyingkirkan Atletico Madrid dengan agregat 5-4 untuk mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Pada suku akhir kedua di Signal Iduna Park awal pagi semalam, Dortmund memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk melakar kemenangan 4-2, sekali gus bangkit daripada kekalahan 1-2 yang dicatat pada aksi pertama di Madrid minggu lepas.

Gol-gol Dortmund dijaringkan oleh Julian Brandt, Ian Maatsen, Niclas Fullkrug dan Marcel Sabitzer, manakala pelawat mendapat jaringan menerusi gol sendiri Mats Hummels serta ­Angel Correa.

Fullkrug selaku penyerang utama Dortmund mengakui apa yang dilalui oleh rakan-rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan sememangnya sukar untuk dipercayai.

“Saya tidak mahu terlalu teruja, tetapi kami seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ini adalah malam yang cukup ajaib buat semua dengan soko­ngan padu penyokong menjadi salah satu punca pemain tampil begitu semangat,” katanya.

Pandangan sama turut diberikan oleh Brandt yang melihat Atletico adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan, tetapi kerja keras mereka sepanjang perlawanan dapat merealisasikan perkara tersebut.

“Kita telah bermula pantas pada babak pertama apabila dapat mendahului 2-0, tetapi mereka bangkit menyamakan kedudukan 2-2. Selepas itu, pasukan kembali fokus dan bertenang dan apa yang kita pamerkan cukup sensasi,” katanya.

Sementara itu, pengendali Dortmund, Edin Terzic mengakui fokus selepas ini terarah kepada aksi separuh akhir UCL menentang Paris Saint-Germain (PSG) sekali gus menjadi aksi ulangan peringkat kumpulan awal musim ini.

“Saya masih ingat ketika bertemu PSG awal musim ini yang mana kami tidak bermain de­ngan baik pada perlawanan pertama. Namun, kita tampil lebih kompetitif pada aksi kedua. Ini adalah peluang untuk pasukan buktikan keupayaan dalam ­usaha mara ke final,” katanya. –AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... penantian-11-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list