View: 4360|Reply: 0
|
Ten Hag, rakan sepasukan kecewa dengan Garnacho
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag (kiri) mengeluarkan Alejandro Garnacho ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stadium Vitality, Bournemouth. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Alejandro Garnacho ditegur selepas mengecewakan Erik ten Hag dan rakan sepasukan kerana merendah-rendahkan pengendali itu di media sosial.
Garnacho sekadar menekan tanda suka di hantaran yang mendakwa pemain itu dipersalahkan Ten Hag apabila dikeluarkan ketika keputusan 2-2 di Bournemouth.
Pengendali United itu dikatakan marah terhadap tindakan Garnacho, dan pemain-pemain lain turut kecewa dengan pemain sayap Argentina berkenaan.
Garnacho dipanggil oleh Ten Hag ketika sesi latihan pada Ahad, dan United menganggap isu berkenaan sudah selesai.
Kelab memahami tindakan Garnacho adalah disebabkan kekecewaanya kerana memulakan permainan di Stadium Vitality walaupun hanya berlatih sekali akibat masalah kesihatan, dan dia kemudian digantikan dengan Amad Diallo ketika rehat.
Garnacho bagaimanapun segera memadam semula tanda suka di hantaran berkenaan, dan United merasakan situasi itu berbeza dengan hantaran Jadon Sancho di media sosial pada September - yang melabelkan Ten Hag sebagai penipu.
Sancho yang enggan meminta maaf di atas tindakannya, diarah berlatih sendiri selama empat bulan dan kemudian dipinjamkan kepada Borussia Dortmund pada Januari.
Ten Hag kini semakin dalam keadaan tertekan selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Coventry City di Wembley, Ahad ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ewa-dengan-garnacho |
|
|
|
|
|
|
| |
|